salam
arini aku nak borak2 kosong pasal benda2 yang aku berminat.banyak benda yang aku minat.salah satunya adalah the art of fighting, atau art of defense atau senang cite martial arts. dari kecik aku selalu tertarik dengan martial arts.xtaula mcam mane boleh minat.mungkin pengaruh dari baba aku kot. baba aku adalah peminat cerita2 action yang ada unsur2 martial art dan antara hero2 yang dia minat seperti chuck noris, van dam, steven seagal, bruce lee, jet lee, video mma dan banyak lagi. dan mungkin seperti bapak2 korang, bapak aku adalah peminat setia wrestling dari dulu lagi. dan mungkin dari situ datangnya minat aku dekat benda2 camni. disamping cerita2 seperti karate kids, dan 3 ninjas yang lebih menambahkan minat aku dalam martial arts ni.waktu kecik2 dulu aku blaja karate dan mungkin aku nak crita sedikit tentang karate kat korang.
karate ni berasal dari dua kata iaitu kara bermaksud kosong dan te maksudnya tangan. secara general karate ni konsepnya adalah dengan menjadikan part2 dari badan kita sebagai weapon.pada dasarnya karate mengamalkan prinsip block and attack. banyak aspek2 yang ditekankan dalam karate seperti kecepatan, accuracy, distance, power, dan sebagainya.dan waktu aku kecik2 dulu pakcik aku btol2 menerapkan disiplin dalam latihan.memang agak hard jugakla training dulu. warm up je dah separuh nafas abes.bila train, kalo punch and kick, kena btol2, kalo lembik2 alamat kena la jawabnya.kalo tumbuk punching beg sampai berdarah tu benda biasa.pumping guna knuckles dekat jalan tar dan macam2 lagi.pokoknya memang sedikit keras.kecik2 dulu xtaupun ape sebab pakcik aku train sampai camtu.
jujur waktu kecik2 dulu aku walaupun minat kat martial art, tapi aku sangat penakut. aku takut dengan orang. kalau waktu sparring itula yang paling aku xsuka. slalu teruk aku kena hempuk dengan opponent aku.kecuali ada satu member aku ni.sebab dia pun sama2 penakut cam aku jadi bila sparring ngn dia kitoang nampak cam fight sket sebab sama2 penakut.haha.penah sekali waktu tu aku darjah 6 kena sparring dengan budak form 2 ke form 3 aku lupa macam belacan aku kena.sket je lagi gigi aku nak patah sebab dia snap kick aku kat muka.berbirat muka.haha. sekarang pun aku masih penakut lagi serious cakap. tapi dalam hal berkomunikasi dan berhadapan serta pergaulan dengan orangla. jujur aku kalau berkomunikasi dengan orang aku sedikit takut2 xtau kenapa. tapi kalau dalam hal fighting dan straight contact insyaALLAH sekarang sudah tidak takut lagi.mungkin sebab dah boleh berfikir kot.nak takut buat ape ye tak?harusnya takut cuma pada ALLAH je.setiap orang muslim harus berpendirian seperti tu.
kalau berbicara dari segi keuntungan belajar martial art aku rasa memang banyak.salah satunya adalah disiplin.walaupun kau belajar tentang seni2 dan cara2 pergaduhan tetapi perkara yang yang paling kau tidak mau sekali adalah terlibat dalam pergaduhan. ironis tetapi sangat indah. selain itu juga martial art juga mendidik kau menjadi seorang yang lebih tenang.tidak mudah panik.martial art juga mendidik kau supaya lebih konfiden dalam tindakan kau. aku bersyukur dapat belajar martial art walaupun dah lama aku tinggalkan.
waktu sekolah menengah sempat jugak aku blaja silat gayong tapi sampai tali pinggang putihjela.tapi ALHAMDULILLAH waktu join silat dulu ada sedikit cerita yang membanggakan gak la bagi aku scara peribadi.waktu tu aku baru je brapa minggu masuk silat.pastu ada pemilihan utk wakil skola utk silat olahraga.dan aku terpilih waktu tu.aku masuk kategori paling berat waktu tu.berat aku 63 kilo.member2 aku yang lain yang sama tinggi n sama besar dengan aku semua bawah 60 kilo.kebetulan opponent yang harus aku lawan dimana kategori berat kami sama saiznya lebih besar dan lebih tinggi dari aku.mula2 aku agak psiko jugak tapi bila waktu perlawanan dimula ternyata aku boleh memberikan perlawanan dekat dia dan aku cuma kalah satu point je dari opponent aku ni.dan yang paling buat aku bangga sebab aku dapat pujian dari guru2 silat kat situ.dari situ aku nampak bahwa hasil dari latihan yang keras dulu sedikit sebanyak adala hasilnya. aku bersyukur sebab berkesempatan belajar dengan uncle rashid dulu2. uncle rashid aku adalah one of the best fighters in malacca and maybe malaysia perhaps. among fighters kalau sebut rashid bonzer mereka akan cakap he is one of the best.
bila bercakap mengenai fighting, maka akan terbahagi dua, iaitu fighting with art and street fighting dimana pregaduhan dialam nyata.real condition. aku penah borak dengan abang sdara aku tentang street fight dan martial art.dia adalah orang yang berpengalaman dalam real condition fight. dan aku bleh bagi konklusi bahwa street fight dan martial art adalah dua benda yang berbeza.dalam street fight kau sudah tidak ada masa nak menggunakan bunga2 serta seni2 kerana itu kau bertarung dalam kondisi yang nyata.tetapi pengalaman kau dalam martial art mungkin dapat membantu kau dalam street fight. dan dari kebanyakan otai2 fighter yang aku tengok rata2 mereka berpendapat yang penting dalam kebanyakan fight adalah reflek dan ilmu kau dalam mempertahankan diri.dan itu diperolehi dari pengalaman kot.
bila kita tengok zaman sekarang banyak orang mau jadi samseng. pukul sana sini, langsi sana sini, main buah sana sini.benda2 camni buat aku kesal je.sepatutnya bila dah ada ilmu, gunala untuk kebaikan.baru ada keberkatan dalam ilmu.ini tidak, baru ada ilmu sket dah macam2 benda yang kau buat.jadi tukang pukul la, tukang mintak hutangla, tarik keretala, macam2 lagi.ni bukan cerita dongeng tapi realiti.mungkin dekat sekeliling kau ada orang yang macam ni.kalau camni macam mane nak berkat?jadi nasihat aku untuk mereka2 yang mau belajar tapi dengan niat yang salah, xusahla kau belajar.nak belajar niat kena baik, niat kerana ALLAH.niat kerana kau nak menguatkan diri sendiri dan bukan mau menganiaya orang lain.niat supaya kau menjadi orang islam yang kuat fizikal.seperti saidina ali, saidina umar, khalid ibni al walid dan banyak lagi sahabat nabi. insyaALLAH kalau ada peluang aku nak sambung balik belajar ape yang dulu tergendala.dah lama giler tinggalkan benda ni.badan pun dah gemok giler ntah boleh lagi ke tidak xtaula.haha. kalau sape2 nak join jomla kita blaja sama2.sama2 jadi orang islam yang kuat dan mudah2an digeruni oleh musuh islam.amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya sgt suka entry ni =D
ReplyDeletebyk yg saya tau lepas baca entry awak ni the dr!
bagus2! hehe
tak sangka awak sbnarnye seOrang fighter ek ;)
sekadar berkongsi minat je.fighter? haha jauh panggang dari api dah.sekarang berat dah tambah dekat 30 kilo dah xleh nak buat macam2 dah.main bola pun kejap dah tercungap2 dah.insyaALLAH abes blaja ingat nak stat balik benda2 ni.kalo nak join jomla.haha
ReplyDeleteajak serius ke ajak2 ayam je ni? LOL =p emm, Ok gak kalau camtu. tapi tak rasa cam dah terlewat ke tahap umur cam saya ni baru nak blajar? patOt dah kawen dah ada anak dah umur ni. lebih bagus lagi kalau dpt hantar anak2 pegi blaja martial arts. huhuhu
ReplyDeleteeh, the dr, awak bg fit la sikit... huhuhu cam x ideal je berat badan tu. hehe
Balik kasi black la pis. haha.
ReplyDeleteE - bagus gak kalo anta anak2 blaja martial art.biar lagi disiplin.berkaitan dengan berat badan, haha nanti balik msia saya akan fikirkan camne nak buat.skang ni nanti dulu la, relak2 dulu.haha
ReplyDeletefaiez - blaja survivor la aish nanti kita sama2 blaja.ko abes blaja nanti aku bitau uncle rashid.
jangan sampai lemak jadi daging, sudah.. hehehe eh, bOle ke lemak jadi daging dr? LOL
ReplyDeletentahla kot2 awak boleh buktikan lemak bleh transform jadik protein ke.haha.jadik super duper profesor la awak.haha
ReplyDeleteemmm.. kalau beri sy masa sikit tuk study medic ni, sy akan buktikan! ngeh3x
ReplyDelete