5 May 2010

aku benci giler dengan kau dan kaum2 kau tu!

salam

entri kali ni simple saja. tentang kebencian. kita selalu tersalah langkah atau tersasul apabila berbicara tentang kebencian. selalunya bila kita membenci sesuatu benda, kita selalu membuat kesilapan dengan membenci jugak benda2 atau orang2 yang berkaitan dengan benda tu. sperti contoh, jika seorang wanita yang pernah dikecewakan oleh lelaki, maka wanita itu biasanya akan membuat pernyataan seperti ini " lelaki semua sama je, semua xboleh dipercaya". contoh lain plak adalah jika hanya segelintir orang melayu yang berperilaku seperti palat, biasanya orang akan menilai dan menganggap keseluruhan orng melayu seperti itu.begitu jugak dengan orang cina dan india. begitu jugak dalam parti. kita tau sebenarnya yang jahat dalam suatu parti tu bukan semua ahli mereka tetapi kita selalu saja melempiaskan kebencian kita kepada parti itu tanpa memikirkan bahwa terdapat orang baik dalam parti itu.xkirala umno, pas, keadilan dan lain2. kalau konteks negara plak, xyah jauh2, kita tengok camne kebanyakan orang malaysia kita menganggap negara jiran kita indonesia seperti apa? slalu orang akan cakap, indonesia korupsila, merompakla, menipula. kebencian membuatkan kita lupa bahwa indonesia itu bukan satu dua orangje tapi 230 juta orang sehingga kita menilai semua aspek dalam satu kumpulan itu bersalah jugak.

disini aku nak tekankan bahwa jangan kita jadikan kebencian terhadap segelintir orang menyebabkan orang yang berkaitan dan dekat disekitar mereka juga menjadi mangsa.apa salah mereka? yang salah adalah mereka2 yang buat palat sahaja.yang tidak buat palat janganlah dibenci sekali.pernah dengar pepatah, dalam setandan pisang tidak semua yang busuk? begitu juga manusia. sedangkan orang yahudi saja tidak semua yang jahat.nikan pula golongan yang lain.sebab aku rasala, benda2 camnila yang buat zaman sekarang ni banyak terjadi prejudice antara satu kaum dengan yang lain.begitu juga dengan individu, organisasi dan sebagainya. kita hidup sekarang ni macam dah penuh dengan tekanan dan salah satu dari penyebab tekanan itu adalah kerana kebencian.jadi aku menyeru kepada anda2 semua mulailah kita membetulkan stigma kebencian yang bersarang dalam kepala hotak kita ni.kalu yang buat palat tu lantak kau la nak benci ke atau nak buat apeke.tapi dengan mereka2 yang tidak palat alias orang2 baik marilah kita sama lebih mengeratkan tali silaturahim dan tukar kebencian yang kita sudah salah faham kepada perdamaian. bukankah islam itu damai?

p/s - korang paham tak ape yang aku cuba sampaikan kat sini?

9 comments:

  1. paham paham!

    tapi... yg awak kata pernyataan yg dibuat kaum wanita tu.... cam kenal je ayat huhu

    ReplyDelete
  2. eh xde la, ayat tu tidak ditujukan kat sape2, tu sebagai contoh je.haha

    ReplyDelete
  3. ok. contoh yg sgt baik sbnarnye (serius ni hehe)

    setuju. emm, prejudis terhadap bangsa lain, memang x pat dielakkan.. tapi memang bukan semua yg bermentaliti yg negatif macamtu terhadap org yg berlainan bangsa.

    ReplyDelete
  4. 'semua manusia adalah sama', ni ayat Quran , tapi aku tak ingat surah ape. pegang ayat ni baik2, insyaAllah ko akan melihat orang disekeliling ko tanpa perasaan prejudis dan sebagainye, takde yg namanye golongan elit, takde golongan jenius, takde golongan berbakat, kita semua sama pada dasarnye, tak kiralah warna kulit, bahasa, budaya maupun agama. kita harus berusaha, takkan sesuatu atau rezeki dtg bergolek, kite harus berusaha. 'semua manusia adalah sama, yg membezakannya hanyalah iman'.

    ReplyDelete
  5. E - btol bukan semua begitu

    simpit - baik ustad simpit. saya akan ingat pesan al fadhil ustad simpit sampai bebila.haha.tq bro melawat blog aku.

    ReplyDelete
  6. entry bagus.kasik gangsta pegang.baru semua gangsta unite.

    ReplyDelete
  7. tu ustad simpit gangsta besa sudah bersuara kat atas tu.kena denga tu.haha

    ReplyDelete
  8. woi pis, apehal lu panggil gua ustad? jatuh saham gua, hahahaha.
    p/s: cuba lu buat tentang :
    1) apa itu 'ADIL'?
    2) apa itu 'ISLAM'?

    ReplyDelete
  9. haha lagi naik saham lu bro.wa berat tajuk tu bro.aku biasa buat tajuk mengarut2 je.tapi nanti aku cubala ek.tapi bukan skarang.minggu dpan nak kembali kepada dunia koas balik.haha

    ReplyDelete