salam
kengkawan aku slalu tanya kat aku melaka punya bahasa camne? ntahla aku pun tak tau nak jawab camne.aku tetiap hari speaking loghat melaka.tapi dioang cakap macam sama je.pastu aku pun buat kesimpulan camni.sebenarnya bahasa melayu yang kita cakap sehari2 yang kebanyakan belakang dia ada E tu aku rasa berasal dari melaka la.nape aku cakap camtu? sebab kalau nak cakap asal dari negeri lain, memang jauhla.cuba tgk orang kelantan cakap camne? orang kedah, orang pahang, kan lain. tapi cuba tengok melaka punya loghat.mana ada jauh beza dengan bahasa melayu yang kita guna sehari2 tu?btol tak? lagi satu aku rasa mungkin sebab kesultanan melayu bermula dekat melaka, so bahasa melayu punya origin pun dari situla. kalau ada yang cakap dulu2 ada gak kerajaan kedah tua yang lagi tua dari kerajaan melaka, mungkin btol.tapi diorangkan pakai bahasa sanskrit.bahasa sanskrit tu bahasa melayuke? ntah aku pun tak tau.
kengkawan aku selalu ingat bila loghat melaka, belakang ayat semua nak taruk u. ulau melingkau atas pagau. dan satu lagi bila melaka je orang selalu ingat kasar, banyak maki2.aku tidak menidakkan dan tidak jugak mengiyakan.tapi kekadang bila aku borak2 dan terselit satu dua perkataan, diorang cakap diorang xpenah dengar perkataan tuh.ni aku bagi contoh :
hakal
lenyau
membagha
mengimol
majal
mereban
memberot
membese
meresip2
kahau
melilau
sampau
meleseh
leba lebo
menyasau
yang kat atasni cuma dari sedikit yang aku bleh terfikirkan. tula kadang2 aku rasa macam betol ape yang member aku cakap.melaka cam xde loghat sangat.tapi lepas dah banyak kali aku introduce beberapa perkataan yang ramai tak familiar, aku fikir balik, sebenarnya banyak je vocabulary melaka yang orang lain banyak tak tau. tu belum lagi masuk bab vocabulary mencarut dan maki2.haha itu aku xmo explain ar.sendiri paham la.tapi satu je aku nak tekankan.orang melaka memang kasau kalau berbahasa.apa lagi bab maki memaki.xleh menangla kalau nak battle.tapi kalau kau tengok hati orang melaka, aku rasa hati orang melaka baik2.bersih2.sebersih negerinya juga. 5 taun berturut3 negeri terbersih kat malaysia.jangan memain woo.haha.itu saja untuk kali ni.
p/s - entri diatas tidak bertujuan untuk membangkitkan semangat kenegerian atau semangat perkauman. cuma memperkenalkan sahaja sedikit sebanyak tentang negeri melaka.dan untuk memberi penjelasan kepada stigma2 negatif yang mungkin sesetengah dari kau orang dah salah anggap.orang kata tak kenal maka tak cinta.maka dengan kau kenal macam mana orang melaka, maka dari situ lah kita boleh membina semangat perpaduan didalam perbezaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Awek melaka jangan. Awek sabah, sarawak atau kedah. Lembut-lembut. Orang melaka sekarang banyak yang dah sepiking. Lagi-lagi gadis-gadis jambu. Semua mau ikut key-ell. Baru err-ben, kata mereka. haha.
ReplyDeleteapsal byk nau pekataan aku xtau..hehe..
ReplyDeletesy x menafikan ape yg ditulis oleh the dr kat sini. hmm,, byk lagi vocab melaka yg gempak2 sbnarnye yg bikin org ternganga2 bila dengar. hahaha tapi sbnarnye, loghat melaka, kalau org melaka ckp dgn org luar, memang dia ckp bahasa standard. hanya bila org melaka ckp sesama org melaka je baru korang boleh dgr loghat melaka tu macamana. ada lagu, ada lenggok dia sendiri.haaa.. tu la uniknya loghat melaka ni. bukan semua org leh ckp melaka.
ReplyDeletevocab lain
kainsal - tuala/towel
ghobok - almari
kelebang/kelesa - malas
mencanak - lari laju/lari lintang pukang
lopak - bekas pensel (bukan lopak air tepi jalan) haha
himol - degil
teloho - tenganga luas (to the extreme degree) haha
membulau - membuta/tido
menyasau - menggila
genari - hari ini
se - aye/saya (pronoun)
lohor - waktu Zohor
hmm.. byk lagi la..
oh, ye, btw, loghat melaka juga terbahagi kepada 3. ada 3 bunyik loghat melaka yg berbeza2 mengikut tempat atau kawasan, daerah atau jajahan.
ye, sy laser, dan cakap sgt menyakitkan hati, tapi hati sy baik.
ye sy speaking tapi ikut keperluan dan tengok tempat. pegi pasor x kan nak speaking london pulak, kan?
ye sy dress-up kdg2, tapi x de pon nak urban2 sgt.
hahaha bukan semua gadis melaka macam yg reverie cakap tu..
korang sepatutnya promote gadis melaka ok. hahaha
Sy pun org Melaka juga, belah mak. Tapi tak tinggal sana sbb tu waktu kecik dulu tak penah sedar melaka ada loghat, cuma tau melaka terkenal makanan pedas2, nak dekat sama dengan nogoghi.
ReplyDeleteIngat lagi masa kecik dulu nenek berborak dengan jiran sebelah rumah melalui tingkap dapur. Nak kata memang lantangla suara org2 Melaka ni. Rindu nenek. Alfatihah buat nenek.
Post ko ni buat aku sentimental kejap, sbb nenek aku br meninggal 2 bulan lepas, dan aku mmg suka sgt kmpung melaka aku (kt kuala linggi). Pasni nak raya tak taula balik melaka lagi tak...sedih... melaka yg ku cintai...
faiez- btol2 walaupun nampak cam orang kampung, tapi sebenarnya berkualiti.mat saleh datang melaka xyah nak belajar bahasa local sebab orang melaka dah boleh sepikin dah
ReplyDeleteanonymous - ko orang melaka gak ke? agaknye dah lama tinggalkan melaka kot.haha
E - wah saya pun xtau ada tiga kategori loghat melaka ek.benda baru ni.tapi awek2 melaka xsemua yang camtu.kalo nak tgk yang kau2 punya bahasa dulu kat bas stand depan ocean tu haha situla tempat dia.memang kaw punya.haha
iman -posting kat melaka la iman.baru ko akan lebih jatuh cinta denan melaka.haha
lupa nak tulis. semoga roh nenek iman dicucuri rahmat.amin.
ReplyDeleteoho..
ReplyDeleteGeneralizing nih mmg happened kat semua negeri2 kat msia r sng cter.
Org Melaka slalu org kata cakap kasau le, suka maki2 le~
Yg bab maki tu aku x nak komen sgt le, tapi aku lg suka org yg ckp direct at my face instead of cakap blkg.
Bab maki2 tu pun aku rasa ikut discourse (grup ko belong). Klu ko bkn member rapat ngan org yg berkata2 tu, x de le sesedap rasa dia nak sembur ko. Lg pun selalu diorg x maksudkan pun, mmg dah jadi a part of their speech la.
tp still mmg x elok pun nak diamalkan dan x semua org Melaka camtu. bak aku kata di awal tadi ini semua adalah generalizing masyarakat. stereotype.
AKU BANGGA AKU ANAK MELAKA!!! :D
btol2.kalau cakap belakang sampai bile tak sudah. pasal maki2 tu memang kalau kena geng memang menjadila jawabnye.haha.tapi aku baru sekrang bangga ngn melaka.kecik2 dulu cam xde rasa ape2.mungkin sebab melaka dah developed kot.satu dunia tau kot.haha
ReplyDelete"Melawat Melaka bererti melawat Malaysia"
ReplyDeleteeh, betul ada 3 bunyik bahasa melaka ni. ikut bunyik muar 1, ikut bunyik cakap org minang lagi 1, ngan bahasa melaka piau (pure) hahaha yg kat bas stand ocean tu, awek2 n balak2 kat situ terer bahasa melaka piau ni. tak caye, try. huhu
sy duk kat sempadan melaka-johor ngan sikit lagi sempadan melaka-n.sembilan. sbb tu boleh dengar bezanya..
E - ooo ikut daerah la kira ek.kira saya masuk dalam kategori piau la itu macam.xpe, piau2 pun yang penting orang town.huhu.
ReplyDelete