salam.
korang perasan tak sekarangni semua umat islam kat dalam dunia ni buat satu dosa yang besar? apa dosa tu? bukan dosa yang kita slalu buat sehari2 tu tapi dosa ni lagi besar. dosa sebab hidup bukan didalam undang2 islam tetapi undang2 yang diciptakan manusia. dengan kata lain kita ni hidup bukan dalam sistem islam tapi sistem selain dari tu.
Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah dan kepada Taghut dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). AN NISAA' ayat 51
aku bagi contoh, tengok macam mana sistem ekonomi, sistem kewangan kita sekarang? pakai sistem islam? mana ade bai. islam xde pun ajarkan kita untuk berjual beli dengan mata wang kertas. yang ada dalam islam kita guna emas, perak, atau barang2 komoditi seperti kurma, haiwan2 ternak untuk berjual beli.mungkin orang bleh cakap, sebenarnya wang kertas tu ibarat kita ada simpan emas dalam bank la.ditukar dengan matawang kertas. sebenarnya tu salah. sekarang sudah tak macam tu lagi. semua sebab amerika punya kerja. dulu2 mereka buat perjanjian seperti tu tetapi last2 mereka yang langgar perjanjian tu.dengan wang kertas tu dah xleh lagi nak tukar dengan emas.
satu lagi contoh, sistem perniagaan. seharusnya sunnatullah berniaga itu mesti ada risiko. risiko untung atau rugi.kenapa islam ajarkan begitu? supaya dengan adanya risiko untung dan rugi, maka dengan itu kekayaan dan kemakmuran akan tersebar kepada semua golongan.bila kau rugi, maka orang lain akan untung.dan yang bestnya kalau kau rugi, tidak bermakna kau rugi selamanya, lain kali mungkin kau untung pulak. tapi tengok sistem yang berlaku sekarang? sistem kapitalism. mereka berniaga dengan cara meminimalkan seminimal mungkin dari terjadi kerugian. dengan cara macam2. menggaji pekerja dengan rendah, tidak memberi jaminan kepada pekerja, menekan harga dengan tinggi dan macam lagi cara sehingga mereka mendapat untung dengan cara merugikan orang lain.dan hasilnya mereka sentiasa untung dan orang lain sentiasa rugi. kemakmuran dan kekayaan tidak disebarkan kepada semua golongan. dan hasilnya juga kita hidup dalam sistem dimana yang kaya makin kaya dan yang miskin semakin miskin. tengok dinegara jiran kita indonesia macammana? kalau yang kaya, memang gila babi punya kaya.takat satu juta ringgi tu belum kira kaya lagi la.minimal sepuluh juta ringgit baru bleh cakap kaya. tapi dalam pada tu plak di indonesia berjuta2 orang hidup dalam garis kemiskinan. aku pernah dulu mendata kat kampung2 dan jumpa satu family miskin ni, mereka cuma makan nasik dengan garam je sebab duit takde nak beli benda lain.aduh.sumpah buat aku sedih. insyaALLAH kalau ada rezki lebih kalau dah kerja nanti mudah2an aku dapat bantu saudara2 kita kat indonesia ni.
satu lagi sekarang ni sudah tidak ada amir umat islam lagi. umat islam sudah tidak unite lagi.sejak kejatuhan khilafah uthmaniyah maka berakhirlah sistem khilafah.walaupun sebenarnya sistem monarki yang kebanyakan khalifah ni pakai tapi at least ada gak lah sistem khalifah dulu. semuanya akibat daripada sistem negara yang diajarkan oleh barat. sistem kedaulatan negara. yang paling berdaulat adalah negara, dan yang kita junjung tinggi adalah undang2 yang ada didalam negara kita. itu yang paling tinggi.bukan ke syirik tu? sepatutnya yang paling tinggi adalah ALLAH, bukan undang2 bodoh kau tu. biarpun dalam quran tidak ada undang2 tu kita tetap ikut menjunjung tinggi undang2 tu. walaupun aku islam tapi bila aku nak masuk ke negara islam lain terpaksa jugak pakai visa, pasport dan sebagainya.kalau xde xbleh masuk. padahalkan aku saudara islam kau jugak.kenapa nak pakai visa? kat negara arab pun macamtu, nak pergi mekah buat haji, buat umrah, nak ziarah makam rasulullah semua kena pakai visa, pakai pasport. kalau xde xbleh pergi. ape punya bangang la sistem sekarangni. BAPAK KAU PUNYA MASJIDIL HARAM TU KE PAK ARAB OI! suka2 je nak halang orang dari menunaikan ibadat kepada ALLAH. arab pun sama je dok jilat bontot amerika tu. kalau ada pun sekarang ni negara islam yang berani memberontak tu dekat iran tu jela.tapi dioang syiah la plak.macam mane plak tu?
kadang2 aku fikir macam mana la islam xboleh nak ditegakkan kembali, sedangkan orang islam sendiri pun banyak yang tak setuju dengan sistem islam, inikan pulak orang bukan islam. mereka fikir kalau syariat islam ditegakkan maka xkan ada kemajuan, akan jadi boring, dan macam2 kebebasan akan tersekat. semua tu cuma bulshit thinking je. islam tak kolot. pemikiran kau je yang kolot sebab hidup kau sudah dijajah oleh sistem barat.bak kata sepupu aku, faiz, kita lahir2 sudah disetkan cara hidup kita mengikut sistem yang ada sekarang. dari kecik, pastu skolah rendah, menengah, spm, ijazah, pastu kerja, semua tu tujuannya satu je.supaya masa depan terjamin.boleh carik duit. xpernah disetkan mengikut cara islam.kalau islam pun, main pilih2 je.yang mana sesuai itu dimasukkan dalam sistem.yang tak sesuai di mata mereka, tidak dimasukkan.padahal government kita majority muslim.tapi mereka sendiri yang menolak keras kalau mau dijalankan syariat islam dalam pemerintahan.negara islam konon.
sebagai penutup aku pun tak tau nak advice macam mana.mungkin ada advice dari korang? by the way topik entry kalini aku kutip dari ceramah2 dan tulisan syeikh imran hossein. bila tengok ceramah dia baru terbukak mata aku tengok realiti yang terjadi sekarang.semoga kita diampunkan ALLAH dan semoga syariat islam dan khilafah akan kembali bertapak dimuka bumi.amin kalau salah silap harap dimaafkan yerk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Islam sudah semakin kembali ke keadaan asing (ghurabaa) kini sepertimana sewaktu ia diperkenalkan dulu. Bagi aku, lepas ni aku nak pilih pemimpin. Pilih yang menegakkan syiar islam. Biarlah tak maju kalau maju yang dikatakan maju itu bertentangan dengan syariat islam.
ReplyDeletesbb ni jugaklah sy x menyokong kerajaan. terus terang cakap. nak cakap soal agama, tapi, byk fillers "err, aaa, err, aaa" kalau tak yakin, x payah cakap. biar ahli agama aje yg cakap. ini, bila cakap jugak, dicampur adukkannya. mana la tak jadinya islam yg macamni skrg ni.
ReplyDeletefaiez - tu ar skang ni ape pun aku dah xpercaya dah.aku percaya ulama je. tapi kalau ulama ada udang sebalik batu pun boleh belah gak.
ReplyDeleteE - btol2 kalo dioang tak tau patut bagila kat orang yang tau.kena brainwash ar dioang ni agaknye.haha
nice bro....very nice!
ReplyDelete