28 May 2010

entri sinis..........

Salam

Kali ni blog sinis tentang gaya hidup ala barat.lebih spesifik lagi golongan anak2 muda dan selebriti disana. Aku rasa kita pun dah tau macam mana gaya hidup kat sana.us, europe.semuanya bebas.masing2 boleh mengekspresikan diri sendiri sesuai kehendak masing2 asalkan tidak melanggar human rights. Kita boleh tengok sendiri di media2 macam mana hidup mereka. Bagi aku mereka semua tu hidup dalam kepura2an. Mungkin duit mereka banyak tapi hati mereka kosong. Sebab tu mereka buat macam2 benda pelik2 dengan tujuan mencari kebahagian. sampai bila2 mereka takkan jumpa dengan kebahagiaan kalau hidup dalam kepura2an.


Lihat saja dimedia2 macam mana life mereka. MTV, E channel, axn, starworld dan sebagainya. Filem2 yang mereka tayangkan tidak sah kalau tidak ada adegan mesra dan ciuman. Beer, alcohol, free sex, party all the time, fashion, gossip dan sebagainya. Itu saja modal mereka. Dan aku pelik kenapa mereka boleh menjadi kiblat lifestyle bagi kebanyakan penduduk kat bumi ni terutama dari penduduk negara yang berkembang maju. URBAN lifestyle. Open minded. We are free to do what ever we want. If you cannot accept them then u are a kolot minded. Terutama mereka2 yang tinggal dikota2 dan bandar2 besar dan membangun. Semacam satu kemestian bagi mereka untuk mengikuti gaya hidup disana. Termasuk la anak2 muda kita di Malaysia sendiri.kalau tidak nanti kau akan dicop sebagai kampung.


Aku bukannya orang yang menolak semua sekali benda2 dari barat tu. Kalo yang best dan sesuai aku layan.contoh seperti muzik dari legend2 mereka, movies dan sebagainya. Tapi xdela aku obses sangat dengan lifestyle barat tu. Sampai gaya, cara cakap, pemakaian semua nak ikut orang barat.relak la wei.tengok la tanah yang ko pijak ni kat mane? Ada salji ke? Xde kan? Yang terhegeh2 ikut cara barat sangat tu buat ape? Orang pakai tak senonoh kau pun ikut. Diorang pakai skirt kau ikut, diorang pakai thong, kau ikut. Muzik diorang yang crap pun kau dengar dan kau cakap sedap.(aku refer kepada kebanyakan muzik yang mtv tayang. Full of shit!) . dekat ipod kau semua lagu dari barat. Lagu dari timur kau tak dengar sebab xstandard kau kata. Mereka bergaul bebas kau pun sama.keluar dengan laki dan perempuan, party, sampai alcohol pun kau nak layan. Sampai bleh jadi zina.kalau makanan, kau lebih suka yang barat2 saja.yang timur kau buat2 lupa. Latte, capuchino, mocha, spagetti, lasagna, cheseburger, lambchop, fettuchini yang kau makan sehari2.masak lemak, asam pedas, teh o ais kau tidak pandang lagi. Orang sambut valentine kau sambut valentine, mengalahkan orang sana.waktu chrismast, kau rasa macam nak sambut jugak.ikutkan hati, halloween pun kau nak sambut juga. Waktu newyear, kau sambut tak ingat dunia. Awal muharram kau tak tau bila. Kenapa kau tak jadi mat saleh je terus? Kan senang cerita.


Kenapa dengan golongan2 ni? Apa busuk sangat ke kita orang timur ni? Teruk sangat ke culture kita? Mengongkong sangat ke culture kita? Sampai kau lupa dengan root kau? terikut2 dengan westen? Aku ada family dan kawan yang blaja dan kerja kat uk. Xde pun diorang obses dengan lifestyle barat. Bertambah rindu kat malaysia adela. Ada gak kawan yang aku baru kenal, blaja kat ukrain pun camtu gak.pakai tudung, pakai baju kurung, pakai sopan dengan kawan2 dia.xdepun terikut2 dengan gaya orang barat. kekadang golongan2 urban ni xpenah pun jejak kaki kat barat tuh.tapi gaya diorang mengalahkan orang yang dah pegi kat sana.
Bukan ape, buat ape kau nak tiru gaya hidup mereka2 yang hidup dalam kepura2an tu? Mereka sebenarnya pun tak happy dengan life mereka.kau pulak nak ikut cara hidup mereka.chill dude.aku rasa lagi baik orang jepun dan korea lagi.sebab mereka pekerja keras dan disiplin.dan mereka lebih good looking daripada western punya orang. Kulit pun bersih xde bintik2 macam mat saleh. Macam mane kau bleh cakap mat saleh hot aku pun xpaham la.haha sori2 termengarut sket.


Dan above all, sebenarnya minda korang yang dijajah oleh propaganda barat.bebas melakukan apa sahaja kerana itu kehendak kita. Kau rasa kau punya pemikiranlah yang open. Orang lain kolot. Kau salah besar. Sebenarnya kau punya pemikiran tu sudah dijajah oleh barat supaya kau lupa pada agama. Mereka sudah set kau punya minda supaya kau beranggapan kalau hidup dalam hukum islam maka tidak akan bebas, kolot, xsedap dan sebagainya.kalau hidup cara barat lebih fun. Bleh enjoy dan bebas buat apa saja. Sampai bila kau nak enjoy? Waktu muda bolehla kau enjoy. Bila dah tua? Larat ke nak enjoy lagi? Ingat, dunia kau hidup ni bukan eternal, dunia ni sekejap je. Akhirat yang real sebenarnya.dunia ni tipu daya saja.baru sket rasa senang kau dah terleka.ko blom rasa nikmat syurga lagi. Xbleh terbayangkan oleh manusia.itu yang harus kita kejar.dari itu aku menasihatkan supaya kita semua janganlah tertipu dengan propaganda barat yang full of shit tu.dah la berak pun tak basuh.pakai tisu je.tu ke yang kau nak ikut? Lebih baik kau hidup dalam agama.maka kau akan rasakan kebahagian yang tiada tandingnya.ok itu saja.

9 comments:

  1. Mereka-mereka yang kau maksudkan ni, banyak juga kat Malaysia. Makin bertambah bilangan dia. Weh, usha video ni. Antara masa 13 minit yang kau luangkan dengan cara terbaik dalam hidup ni kalau kau tengok video ni. Banyak pengetahuan dapat.

    http://www.youtube.com/watch?v=JZDe9DCx7Wk&feature=player_embedded#!

    ReplyDelete
  2. memang bagus video ni.mat saleh cam sial je cakap xde ape2 yang influence modern age waktu tu.bongok mat saleh.

    ReplyDelete
  3. Salam, thx for the sharing. Masalah kite adalah kite selalu ambil their negative side. Yang bagus taknak pula ambil.
    Yang aku kagum kt org barat ni adalah diorg nak cuba semua benda, nak explore new things. That's why they always become the founders of things.

    Anyway suke video 1001 inventions by jameel prod tu. :)

    ReplyDelete
  4. tu ar iman. yang buruk2 je nak ikut. lifestyle tak senonoh dan mcam2 lagi. sifat mat saleh yang xplorer tu memang bagus.lagi satu diorang dalam banyak bidang selalu serius dengan ape yang dia buat. itu bagus boleh di ikut. video tu memang bagus.mat saleh saja je xnak mengaku bertapa pengaruh besar ilmuan2 islam kat dunia modern skarang.bodoh dan sombong.

    ReplyDelete
  5. tak salah nak dgr lagu barat..tak salah nak pakai cara barat..xde ape yang salah dari situ. cool down la bro.yang penting pertama, penghayatan islam kene ade. ko nak pasang ipod lagu barat tp penghayatan kau terhadap agama xde, ape gune?so to make things better,

    1)pakai ape ko nak..yang penting tutup aurat
    2) dengar lagu ape ko suke.asalkan jgn sampai kau lalai tanggungjwb sebagai seorang muslim dan jangan dengar lagu yg menyesatkan dan melalaikan. dgr la kau lagu barat tu.
    3) hargai setiap sarjana islam telah lakukan kepada dunia islam dan dunia amnya. baca kisah diorang dan hayati.
    4)makan ape ko nak mkn.lambchop ke..beefburger ke..yang penting halal.
    5) pikirkan orang susah.lebih2 lagi kt palestin tu.

    ReplyDelete
  6. haha.. bab mkn tuh, mat saleh ni sekali dpt mkn msian food suka giler woo diorg! kitorg masak mmg hambar habes r x pedas nak bg diorg mkn. suka gler diorg. mkn bubur nasi pun bertambah2..
    msian food is d best la weh! mana bleh celen. sesekali nak mkn burger, tapi byk masanya cari nasi gak. hehe..

    pasal terikut2 dorg tuh,
    btul la tuh, dorg ni byk bnda yg bagus
    tapi bukanlan semua. tapi tulah mindset masyarakat. semua yg barat diorg pandang bagus. ada jer bnda yg msia lg mantap, cth in terms of tech/ gadget, kita lg advance dr dorg. msia dah ada 4G, tme tu iz blum ada lg.
    tapi masalah msia nih adalah dari segi implementation. ko klu baca blueprint projek2 msia. gempak2 je. tp pasal duit byk masuk poket, pekerja malas or x nak berubah/ adapt; tertinggallah msia di takuk lama. pi mai pi mai tang tu gak.

    sini nak simpan duit kat bank pun pi kat kaunter, cash deposit machine x dak. lg pun dorg ni sistem kejar material. kita ni Muslim, kena ingat r dunia ni sementara, x kekal pun.. mati itu pasti. dunia2 gak, akhirat jgn lupa.

    ReplyDelete
  7. anonymous - haha sori ar kalo ayat kat atas tu nampak nak marah.xde pun nak blame orang2 tertentu.ni secara general saja.aku xreti nak susun ayat yang proper.tapi aku stuju dengan kau.boleh je ikut asalkan tak langgar syariat.tapi kalo terlalu obses dengan gaya hidup sana sehingga lupa roots kita itu pun xbetul gak.xberpijak dibumi sendiri.apa lagi kalo ikut cara pemikiran diorang.semuanya free.tapi kalo berbicara pasal islam xmo plak mereka mau free mereka punya mind.xke ada udang disebalik batu tu?

    dila - memang banyak dila orang malaysia yang world class standard dalam sesetengah bidang.contoh cam aku penah dengar kat radio ikim yang ada saintis islam malaysia dapat pengiktirafan kat konvensyen geneva. tu belum lagi engineer2 bidang automotif yang keja kat proton yang power2.cuma kerja2 diorang kadang2 xpernah diexposed oleh pihak yang berwajib. asik sibuk hal politik je mana nak berkembang pemikiran rakyat msia.termasukla aku skali.sebab hari2 disogokkan dengan crap oleh media.kalo media lebih banyak menceritakan tentang benda2 yang boleh membuka minda rakyat msia aku rasa msia mesti lagi boleh maju dari sekarang.

    ReplyDelete
  8. itu mmg x dinafikan
    professional2 kita makin tahun, makin ramai yg berhijrah ke luar
    kenapa?
    kerana sistem kat msia ni terutamanya bila keje gomen, mereka x dihargai, dihormati dan x de peluang nak develop diri (cth: belajar lg)
    bila mereka mengadu pada yg atas, bagai angin lalu suara mereka. byk sgt yg keje curi tulang dari keje sama taraf ngan gaji dapat. aku tgk mak aku pya tpt keje cukup.
    aku sdri dah rasa suka dok kat sini
    byk bezanya. mmg ada gak baik dan buruk kat sini.
    tapi at least kat sini ada hitam putih je.
    yg baik dan yg batil itu jelas.
    x de gray area.
    bygkan klu ko kat msia, ko ajar anak ko ttp aurat. tapi rata2 ramai lg di luar sana yg berbangga menayang2 diri.. pas tu anak ko tya;
    abah, apsal org kat padang tuh, pakai nampak lutut ngan peha bah? hari tu abah kata aurat laki dari atas pusat sampai bwh lutut. (huh~ sampai wat dialog..)
    at least kat sini, yg x tutup tuh rata2 mmg dah kafir, dah sah2 x beriman. yg kat padang tuh ucap syahadah tapi mana prektis islamnya?

    ramai sgt yg amek islam nih for granted.
    islam ni ad-deen, cara hidup. segalanya dah disediakan sistemnya, kita ikut maka bahagialah, teraturlah seluruh alam.
    Ini x, ramai yg tme pendidikan Islam, tme tuh baru pakai tudung. abes tuh tme tu je ke ko Islam? tme lain x?

    Bila manusia alpa, hilang punca, keluar dari tujuan hidup..Ingat balik tujuan dijadikan kita di dunia. Refer: (2:30) & (51:56)

    sori. mcm terbagi tazkirah lak.

    ReplyDelete
  9. masukan yang bagus dari ustazah dila.hehe bagus2.

    ReplyDelete