16 Mar 2010

kedekut dan zuhud. sama ke?

salam

zuhud dan kedekut itu adalah dua perkara yang sangat berbeza walaupun kelihatannya sama. zuhud adalah apabila kau tidak lagi melihat dan mengambil pusing tentang dunia dan kau lebih kepada bersederhana kerana didalam hatimu yang paling kau pentingkan adalah akhirat. oleh kerana zuhudnya kau itu maka kau selalu bersederhana dalam perkara2 dunia seperti makan, berpakaian, dan uang.contoh manusia zuhud yang paling senang adalah baginda nabi MUHAMMAD S.A.W. baginda adalah seorang saudagar tetapi kehidupan baginda serba sederhana. tapi dulu ustad aku cakap kalau nak jadi zuhud syaratnya kau adalah seorang yang mempunyai kecukupan tetapi kau memilih jalan untuk zuhud.kalau kau orang susah dan memang tidak ada duit itu namanya kau memang terpaksa untuk hidup seperti itu.bukan zuhud namanya itu.

kedekut pula ialah apabila kau juga hidup dalam kesederhanaan juga, tetapi itu kerana kau sayang untuk mengeluarkan duit yang kau ada.kau makan, beli pakaian dan kelengkapan semuanya dalam kadar yang minimal oleh sebab kau takut untuk keluar duit banyak2.entah kenapa kau takut aku pun tak tau.oleh kerna sifat kedekut engkau itu maka satu sifat lagi akan timbul pada kau iaitu kau akan cenderung kuat mintak kepada orang lain.contohnya jika ada teman2mu yang membawa makanan lebih maka dalam hatimu pasti akan berkata "lebih baik aku mintak daripada kena keluar duit".alangkah tidak moleknya perbuatan kau itu. contoh karakter yang kedekut adalah haji bakhil dan mr. krab dalam cerita spongebob.kedekut walaupun perbuatannya kelihatan seperti ada persamaan dengan zuhud tetapi sebenarnya kedekut adalah kontradiksi dari zuhud.rasanya islam tidak pernah mengajarkan kita untuk jadi kedekut.jadi janganla kita bersifat kedekut.lebih baik zuhud daripada kedekut.

p/s - entri ini tidak ditujukan kepada siapa2 pun dan bersifat general.tetapi siapa yang makan cili mungkin dia akan terasa pedas.

No comments:

Post a Comment