25 Mar 2010

tribute to my beloved neklong (must read!)

salam.

hari ni aku nak kongsi kisah tentang arwah nenek sedara aku yang aku panggil nek long. dan mudah2an menjadi inspirasi kepada kau orang.

Nek long aku meninggal waktu taun 2004 atau 2005 kalo xsilap. neklong menghidap barah payudara. semasa hidupnya nek long adalah orang yang sebaik2 manusiala orang cakap.sesiapa yang mengenal nek long pasti akan lansung sayang pada neklong. xpernah aku denga orang cerita yang xbest pasal nek long. nek long dan nenek asma aku dua2 memang jenis yang disayangi orang sebab mereka dua2 lembut dan sangat baik.even yang tiada ikatan darah pun akan sayang dengan neklong. kalo ibadat tu jangan citela.tiap hari bangun qiamullail tu dah jadi darah daging dah.tu belum lagi dengan zikir yang sentiasa menjadi pembasah bibir.kagum2.

ok tu sebagai intro. sebenarnya aku nak kongsi satu sifat baik yang ada pada neklong aku yang aku rasa mungkin penyebab dia meninggal dalam husnul khatimah. ni mak aku cerita dekat aku. mak aku cakap salah satu sifat mahmudah yang ada kat neklong ni adalah beliau seorang yang sangat taat pada suami. banyak cerita yang mak aku bitau aku tentang taatnya neklong pada suaminya itu. salah satunya adalah dia tidak pernah membantah suami.pernah satu malam waktu neklong aku dah tidur(mungkin dalam kol 2 atau 3 malam), suami dia baru pulang ke rumah dan kejutkan neklong aku supaya mintak tolong gorengkan telor sebab dia nak makan. neklong aku tanpa membantah atau mengeluh terus bangun dan gorengkan telor untuk suaminya itu.sampai beitu sekali taatnya pada suami. dan pernah jugak mak aku dengar datuk sedara aku cakap kat neklong aku camni " syam, kalau macamnila taatnya kau pada aku, masuk syurga kau syam" (nama neklong aku norsyam). sampai macam tu skali.berapa banyak diantara isteri2 yang suaminya cakap camtu? ntahla aku pun xtau sebab aku lom kawen lagi. tapi aku kagum betul la dengan neklong aku.

ok skang kita masuk kepada detik2 terakhir neklong aku.kenapa aku cakap mungkin neklong aku husnul khatimah? sebab dari tanda2 waktu sakaratul maut dah menunjukkan neklong aku meninggal dalam keadaan beriman. aku ingat lagi waktu tu aku kat metrik n mak aku call cakap nak bawak aku balik sebab neklong dah nazak. neklong stat nazak mungkin waktu pagi sampai tengah hari. dan dalam pada tu xhenti2 neklong sebut nama ALLAH. dan bila tiba waktu zohor dalam keadaan nazak tu neklong aku sempat lagi untuk sembahyang zohor. dibantu oleh anak2 dan anak sedara. kalo xsilap aku neklong aku meninggal sebelum waktu asar.sikit lagi dah nak asar.kalo xsilap aku. dan yang paling penting, neklong aku meninggal dalam keadaan tidak berhutang solat walau satu waktu pun.dan waktu nak hembuskan nafas terakhir, sebutan nama ALLAH tetap tak lekang dari mulut neklong.sehingga neklong menghembuskan nafas terakhir dengan senang je. lepas tu proses mandi kapan dan kebumikan jenazah dibuat pada malam tu jugak dan prosesnya sangat senang.aku ingat waktu tu pak busu aku bagitau yang waktu nak kebumikan neklong aku rasa senang sangat cam xde beban pun. ada tambahan lagi. selang beberapa hari lepas pemergian neklong aku, salah sorang makcik aku, ada bermimpi melihat neklong dalam pakaian putih bersih dan duduk bersama orang2 yang berpakaian putih bersih gak dan mereka duduk mendengarkan semacam khutbah. dan makcik aku tengok neklong aku senyum kat makcik aku dari jauh. wallahua'lam. aku cuma dengar ini sebagai khabar gembira untuk neklong aku mudah2an.

ok itulah kisah yang aku nak kongsi kat kau orang semua.semoga jika kau seorang perempuan, kau menjadi isteri solahah kepada suami kau, dan jika kau seorang laki2, kau jadi suami soleh yang memberi keredhaan pada isteri kau sehingga isteri kau boleh masuk syurga.harap2 ada teladan yang kita boleh dapat dari kisah neklong aku ni.

14 comments:

  1. al-fatihah tuk nek lOng..

    **cite2 sy nak jd isteri yg baik cam nek lOng lah. amin..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..
    Al Fatihah..

    entri yang menyentuh jiwa..suka..=D

    ReplyDelete
  3. entry yg inspiring =)

    nak "like" cam facebOok, bOle?

    ReplyDelete
  4. dah berapa taun dah eh neklong meninggal?
    rasa cam kejap je.
    mesti kucing2 nek long pun doakan nek long kan?
    1903

    ReplyDelete
  5. xsilap taun 2005 neklong meninggal. tu ar dulu tiap hari neklong gaul nasik ngn ikan bilis kasi kucing makan.bukan takat manusia je yang sayang dia, agaknya kucing pun sayang kat neklong gak ek.

    ReplyDelete
  6. Alfatihah utk nek long. Mama Ada cerita gak spjg Nazak mama duduk sblh Nek long. Nek long dpt sebut nama allah sebelum meninggal.hrp aku dpt jd McM mama Dan nek long.jauh lagi nak kejar.

    ReplyDelete
  7. tu ar mama yang dok sebelah nek long sepanjang nazak tu. boleh aish.ustad aku penah cakap, jangankan orang biasa, orang jahatpun kena optimis untuk booleh balik pangkal jalan, sebab tak siapa yang tau takdir kau jadi baik ke atau tak melainkan kau optimis dan mintak pada ALLAH.

    ReplyDelete
  8. nice entri~ semoga boleh jadi pengajaran kepada semua, insyaAllah.

    ReplyDelete
  9. boleh2.trima kasih datang ke blog merapu ni.

    ReplyDelete