13 Mar 2010

solat pakai kain pelikat tak pakai baju.......

salam,

teringat dulu waktu aku skola menengah, kat umah aku biasa pakai short je, dan ada jugak short yang sampai bawah lutut. pastu biasa kalo malam2 dah tengok tv sampai ngantok tetiba teringat yang blom solat isyak. oleh sebab dah mengantuk aku pun amik wudhu pastu solat je pakai short yang menutupi lutut tu.aku anggap yang penting solat tutup aurat.so aku pun xdela pakai kain sarung.dan benda ni terus berlanjut.

sampailah pada suatu waktu sewaktu aku tengah solat pakai short bawah lutut, tiba2 mak aku nampak.lepas habis aku solat je mak aku pun tetiba marah kat aku, dan suruh aku solat balik.aku pun cam terkesima kejap ar.dalam ati aku tertanya2 kenapa tetiba mak nak marah dan suruh aku solat balik? pastu aku betah la kat mak aku, aku tanya kenapa mak? pastu mak aku cakap nape solat pakai short? xde kain ke nak pakai? pastu aku betah balik, aku cakap ala mak kan dah tutp aurat tu sebab seluar tu dia menutupi lutut, jadi sah la solat aku. pastu mak aku bagi penjelasan, "seandainya dalam satu acara, let say jamuan, dimana ada tetamu2 vip seperti raja2, datuk2, dan orang besar2, apis nak pakai seluar pendek ni tak? dah tentu apis akan rasa malu berpakaian seperti tu kan?" pastu aku pun terdiam dan mak aku sambung lagi, " kalau dengan menghadap dengan raja pun dah tak sanggup nak pakai seluar pendek tu, ni kan pula nak menghadap ALLAH? takkan xde rasa malu kot? mentangla2 kita tak nampak ALLAH jadi kita ambil senangje perkara2 camni. jangan lupa bahwa ALLAH sentiasa melihat kita. adab dengan ALLAH perlu dijaga"

aku pun terdiam dan serentak itu juga aku terus ke bilik ambil sarung dan solat semula...... the end.............

p/s - ayat2 diatas telah diubahsuai supaya orang bukan melaka pun boleh memahami maksud aku tu.
- tujuan aku tulis benda ni just for reminder untuk aku dan orang2 yang pernah mengalami situasi seperti aku.mungkin ada gak yang solat pakai kain sarung je dan tak pakai baju.peringatan ini untuk korang gak.
-terima kasih kepada mak aku yang tidak henti2 meluruskan hidup aku dikala aku tersasar.hanya syurga sahaja balasan yang pantas untuk mak.AMIN

No comments:

Post a Comment