31 May 2010

aku mintak tolong sikitje, kau tolong aminkan je doa ni.untuk sedara kita kat palestin tu jugak.

bismillahirrahmanirrahim

ya ALLAH kami mohon padaMU kuatkanlah iman dihati setiap muslim supaya tercipta perpaduan dan dengan perpaduan itu timbul kekuatan dan dengan kekuatan kami bisa melawan dan menumpaskan musuh2MU terutama yahudi laknatullah kerana sekarang ini mereka sudah melampaui batas ya ALLAH. bantulah saudara2 kami yang berjuang di palestin semata2 untuk mempertahankan masjidil aqsa tempat kiblat pertama kami ya ALLAH. bantulah kami dengan mengirim tentera2MU dari kalangan malaikat untuk mematahkan serangan yahudi laknatullah itu.KAU sengsarakanlah sesengsara mungkin musuh2MU dari kalangan yahudi dan sekutu2nya mulai di dunia sampai ke akhirat ya ALLAH. siksalah mereka dengan seberat2 siksa ya ALLAH. dan selamatkanlah saudara2 kami dipalestin dan diseluruh dunia supaya kami dapat hidup dalam nikmat islam.amin ya rabbal alamin.

p/s : zaman sekarang seperti hampir mustahil untuk kita melawan yahudi tu oleh sebab umat islam tidak bersatu kerana tertipu dengan propaganda2 yang disogok oleh yahudi dan barat sejak dulu.oleh itu aku rasa sebagai umat islam, sekecil tindakan kita pun akan sangat membantu mereka2 yang didaerah konflik sana. oleh itu aku menyeru kepada kita semua, buatlah sebisa mungkin untuk membantu mereka.paling tidak dengan berdoa kepada ALLAH kerana doa itu senjata umat islam. selain itu mungkn dengan memboikot produk2 major mereka seperti McD, coca cola, nike, rokok2 dan sabagainya yang korang tau. mungkin banyak perdebatan tentang kempen boikot ni tapi bagi aku bukan waktunya sekarang kau nak berbetah2 tentang mana yang boikot mana yang tidak.kalau ko nak boikot, ko boikot. kalo ko xnak boikot, diam2 sudah.jangan banyak mulut nak betah2 pasal ni la itula.nanti depan ALLAH ko nak betah2 gak ke? jadi diam2 sudah.terserah keyakinan masing. kan dulu waktu nabi ibrahim nak dibakar oleh namrud ada burung yang tolong siram air melalui paruh dia.pastu bila ditanya kenapa nak buat benda yang useless, burung tu jawab, dia tetap buat benda tu sebab nanti kat akhirat bila diaditanya apa dia buat untuk bantu nabi ibrahim at least ada benda yang dia nak jawab. mungkin dari kisah ni boleh kita ambil motivasi untuk jalankan usaha boikot secara kecil2an. semoga manfaatnya dapat kita rasakan kat akhirat. amin.

28 May 2010

entri sinis..........

Salam

Kali ni blog sinis tentang gaya hidup ala barat.lebih spesifik lagi golongan anak2 muda dan selebriti disana. Aku rasa kita pun dah tau macam mana gaya hidup kat sana.us, europe.semuanya bebas.masing2 boleh mengekspresikan diri sendiri sesuai kehendak masing2 asalkan tidak melanggar human rights. Kita boleh tengok sendiri di media2 macam mana hidup mereka. Bagi aku mereka semua tu hidup dalam kepura2an. Mungkin duit mereka banyak tapi hati mereka kosong. Sebab tu mereka buat macam2 benda pelik2 dengan tujuan mencari kebahagian. sampai bila2 mereka takkan jumpa dengan kebahagiaan kalau hidup dalam kepura2an.


Lihat saja dimedia2 macam mana life mereka. MTV, E channel, axn, starworld dan sebagainya. Filem2 yang mereka tayangkan tidak sah kalau tidak ada adegan mesra dan ciuman. Beer, alcohol, free sex, party all the time, fashion, gossip dan sebagainya. Itu saja modal mereka. Dan aku pelik kenapa mereka boleh menjadi kiblat lifestyle bagi kebanyakan penduduk kat bumi ni terutama dari penduduk negara yang berkembang maju. URBAN lifestyle. Open minded. We are free to do what ever we want. If you cannot accept them then u are a kolot minded. Terutama mereka2 yang tinggal dikota2 dan bandar2 besar dan membangun. Semacam satu kemestian bagi mereka untuk mengikuti gaya hidup disana. Termasuk la anak2 muda kita di Malaysia sendiri.kalau tidak nanti kau akan dicop sebagai kampung.


Aku bukannya orang yang menolak semua sekali benda2 dari barat tu. Kalo yang best dan sesuai aku layan.contoh seperti muzik dari legend2 mereka, movies dan sebagainya. Tapi xdela aku obses sangat dengan lifestyle barat tu. Sampai gaya, cara cakap, pemakaian semua nak ikut orang barat.relak la wei.tengok la tanah yang ko pijak ni kat mane? Ada salji ke? Xde kan? Yang terhegeh2 ikut cara barat sangat tu buat ape? Orang pakai tak senonoh kau pun ikut. Diorang pakai skirt kau ikut, diorang pakai thong, kau ikut. Muzik diorang yang crap pun kau dengar dan kau cakap sedap.(aku refer kepada kebanyakan muzik yang mtv tayang. Full of shit!) . dekat ipod kau semua lagu dari barat. Lagu dari timur kau tak dengar sebab xstandard kau kata. Mereka bergaul bebas kau pun sama.keluar dengan laki dan perempuan, party, sampai alcohol pun kau nak layan. Sampai bleh jadi zina.kalau makanan, kau lebih suka yang barat2 saja.yang timur kau buat2 lupa. Latte, capuchino, mocha, spagetti, lasagna, cheseburger, lambchop, fettuchini yang kau makan sehari2.masak lemak, asam pedas, teh o ais kau tidak pandang lagi. Orang sambut valentine kau sambut valentine, mengalahkan orang sana.waktu chrismast, kau rasa macam nak sambut jugak.ikutkan hati, halloween pun kau nak sambut juga. Waktu newyear, kau sambut tak ingat dunia. Awal muharram kau tak tau bila. Kenapa kau tak jadi mat saleh je terus? Kan senang cerita.


Kenapa dengan golongan2 ni? Apa busuk sangat ke kita orang timur ni? Teruk sangat ke culture kita? Mengongkong sangat ke culture kita? Sampai kau lupa dengan root kau? terikut2 dengan westen? Aku ada family dan kawan yang blaja dan kerja kat uk. Xde pun diorang obses dengan lifestyle barat. Bertambah rindu kat malaysia adela. Ada gak kawan yang aku baru kenal, blaja kat ukrain pun camtu gak.pakai tudung, pakai baju kurung, pakai sopan dengan kawan2 dia.xdepun terikut2 dengan gaya orang barat. kekadang golongan2 urban ni xpenah pun jejak kaki kat barat tuh.tapi gaya diorang mengalahkan orang yang dah pegi kat sana.
Bukan ape, buat ape kau nak tiru gaya hidup mereka2 yang hidup dalam kepura2an tu? Mereka sebenarnya pun tak happy dengan life mereka.kau pulak nak ikut cara hidup mereka.chill dude.aku rasa lagi baik orang jepun dan korea lagi.sebab mereka pekerja keras dan disiplin.dan mereka lebih good looking daripada western punya orang. Kulit pun bersih xde bintik2 macam mat saleh. Macam mane kau bleh cakap mat saleh hot aku pun xpaham la.haha sori2 termengarut sket.


Dan above all, sebenarnya minda korang yang dijajah oleh propaganda barat.bebas melakukan apa sahaja kerana itu kehendak kita. Kau rasa kau punya pemikiranlah yang open. Orang lain kolot. Kau salah besar. Sebenarnya kau punya pemikiran tu sudah dijajah oleh barat supaya kau lupa pada agama. Mereka sudah set kau punya minda supaya kau beranggapan kalau hidup dalam hukum islam maka tidak akan bebas, kolot, xsedap dan sebagainya.kalau hidup cara barat lebih fun. Bleh enjoy dan bebas buat apa saja. Sampai bila kau nak enjoy? Waktu muda bolehla kau enjoy. Bila dah tua? Larat ke nak enjoy lagi? Ingat, dunia kau hidup ni bukan eternal, dunia ni sekejap je. Akhirat yang real sebenarnya.dunia ni tipu daya saja.baru sket rasa senang kau dah terleka.ko blom rasa nikmat syurga lagi. Xbleh terbayangkan oleh manusia.itu yang harus kita kejar.dari itu aku menasihatkan supaya kita semua janganlah tertipu dengan propaganda barat yang full of shit tu.dah la berak pun tak basuh.pakai tisu je.tu ke yang kau nak ikut? Lebih baik kau hidup dalam agama.maka kau akan rasakan kebahagian yang tiada tandingnya.ok itu saja.

22 May 2010

entri realiti zaman sekarang

salam.

korang perasan tak sekarangni semua umat islam kat dalam dunia ni buat satu dosa yang besar? apa dosa tu? bukan dosa yang kita slalu buat sehari2 tu tapi dosa ni lagi besar. dosa sebab hidup bukan didalam undang2 islam tetapi undang2 yang diciptakan manusia. dengan kata lain kita ni hidup bukan dalam sistem islam tapi sistem selain dari tu.

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada benda-benda yang disembah yang lain dari Allah dan kepada Taghut dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Mekah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w). AN NISAA' ayat 51


aku bagi contoh, tengok macam mana sistem ekonomi, sistem kewangan kita sekarang? pakai sistem islam? mana ade bai. islam xde pun ajarkan kita untuk berjual beli dengan mata wang kertas. yang ada dalam islam kita guna emas, perak, atau barang2 komoditi seperti kurma, haiwan2 ternak untuk berjual beli.mungkin orang bleh cakap, sebenarnya wang kertas tu ibarat kita ada simpan emas dalam bank la.ditukar dengan matawang kertas. sebenarnya tu salah. sekarang sudah tak macam tu lagi. semua sebab amerika punya kerja. dulu2 mereka buat perjanjian seperti tu tetapi last2 mereka yang langgar perjanjian tu.dengan wang kertas tu dah xleh lagi nak tukar dengan emas.

satu lagi contoh, sistem perniagaan. seharusnya sunnatullah berniaga itu mesti ada risiko. risiko untung atau rugi.kenapa islam ajarkan begitu? supaya dengan adanya risiko untung dan rugi, maka dengan itu kekayaan dan kemakmuran akan tersebar kepada semua golongan.bila kau rugi, maka orang lain akan untung.dan yang bestnya kalau kau rugi, tidak bermakna kau rugi selamanya, lain kali mungkin kau untung pulak. tapi tengok sistem yang berlaku sekarang? sistem kapitalism. mereka berniaga dengan cara meminimalkan seminimal mungkin dari terjadi kerugian. dengan cara macam2. menggaji pekerja dengan rendah, tidak memberi jaminan kepada pekerja, menekan harga dengan tinggi dan macam lagi cara sehingga mereka mendapat untung dengan cara merugikan orang lain.dan hasilnya mereka sentiasa untung dan orang lain sentiasa rugi. kemakmuran dan kekayaan tidak disebarkan kepada semua golongan. dan hasilnya juga kita hidup dalam sistem dimana yang kaya makin kaya dan yang miskin semakin miskin. tengok dinegara jiran kita indonesia macammana? kalau yang kaya, memang gila babi punya kaya.takat satu juta ringgi tu belum kira kaya lagi la.minimal sepuluh juta ringgit baru bleh cakap kaya. tapi dalam pada tu plak di indonesia berjuta2 orang hidup dalam garis kemiskinan. aku pernah dulu mendata kat kampung2 dan jumpa satu family miskin ni, mereka cuma makan nasik dengan garam je sebab duit takde nak beli benda lain.aduh.sumpah buat aku sedih. insyaALLAH kalau ada rezki lebih kalau dah kerja nanti mudah2an aku dapat bantu saudara2 kita kat indonesia ni.

satu lagi sekarang ni sudah tidak ada amir umat islam lagi. umat islam sudah tidak unite lagi.sejak kejatuhan khilafah uthmaniyah maka berakhirlah sistem khilafah.walaupun sebenarnya sistem monarki yang kebanyakan khalifah ni pakai tapi at least ada gak lah sistem khalifah dulu. semuanya akibat daripada sistem negara yang diajarkan oleh barat. sistem kedaulatan negara. yang paling berdaulat adalah negara, dan yang kita junjung tinggi adalah undang2 yang ada didalam negara kita. itu yang paling tinggi.bukan ke syirik tu? sepatutnya yang paling tinggi adalah ALLAH, bukan undang2 bodoh kau tu. biarpun dalam quran tidak ada undang2 tu kita tetap ikut menjunjung tinggi undang2 tu. walaupun aku islam tapi bila aku nak masuk ke negara islam lain terpaksa jugak pakai visa, pasport dan sebagainya.kalau xde xbleh masuk. padahalkan aku saudara islam kau jugak.kenapa nak pakai visa? kat negara arab pun macamtu, nak pergi mekah buat haji, buat umrah, nak ziarah makam rasulullah semua kena pakai visa, pakai pasport. kalau xde xbleh pergi. ape punya bangang la sistem sekarangni. BAPAK KAU PUNYA MASJIDIL HARAM TU KE PAK ARAB OI! suka2 je nak halang orang dari menunaikan ibadat kepada ALLAH. arab pun sama je dok jilat bontot amerika tu. kalau ada pun sekarang ni negara islam yang berani memberontak tu dekat iran tu jela.tapi dioang syiah la plak.macam mane plak tu?

kadang2 aku fikir macam mana la islam xboleh nak ditegakkan kembali, sedangkan orang islam sendiri pun banyak yang tak setuju dengan sistem islam, inikan pulak orang bukan islam. mereka fikir kalau syariat islam ditegakkan maka xkan ada kemajuan, akan jadi boring, dan macam2 kebebasan akan tersekat. semua tu cuma bulshit thinking je. islam tak kolot. pemikiran kau je yang kolot sebab hidup kau sudah dijajah oleh sistem barat.bak kata sepupu aku, faiz, kita lahir2 sudah disetkan cara hidup kita mengikut sistem yang ada sekarang. dari kecik, pastu skolah rendah, menengah, spm, ijazah, pastu kerja, semua tu tujuannya satu je.supaya masa depan terjamin.boleh carik duit. xpernah disetkan mengikut cara islam.kalau islam pun, main pilih2 je.yang mana sesuai itu dimasukkan dalam sistem.yang tak sesuai di mata mereka, tidak dimasukkan.padahal government kita majority muslim.tapi mereka sendiri yang menolak keras kalau mau dijalankan syariat islam dalam pemerintahan.negara islam konon.

sebagai penutup aku pun tak tau nak advice macam mana.mungkin ada advice dari korang? by the way topik entry kalini aku kutip dari ceramah2 dan tulisan syeikh imran hossein. bila tengok ceramah dia baru terbukak mata aku tengok realiti yang terjadi sekarang.semoga kita diampunkan ALLAH dan semoga syariat islam dan khilafah akan kembali bertapak dimuka bumi.amin kalau salah silap harap dimaafkan yerk.

20 May 2010

barang gua kena rembat ar, gua bengang giler bai....

salam aleykom

pernah kau orang hilang sesuatu tak? hilang barang2 maksud aku. xkirala barang2 kesayanganke atau barang biasa2. biasanya kita hilang barang kerana beberapa sebab. kena cilok, tercicir, atau orang tak sengaja terambik barang kita tu mungkin jadi antara sebab2 barang2 kita hilang. walau apa pun sebab dia aku yakin mesti rata mereka yang hilang barang mesti akan rasa marah, bengang, rasa nak sepak orang dan sebagainya.kalau tak banyak, sikit mesti ada rasa bengang punya.aku pun kadang2 pernah alami benda ni dan memang kadang2 rasa bengang dan macam2 lagi. mungkin ada gak antara kita yang bengang sampai sumpah seranah kepada mereka2 yang ambik barang kita tu.

"sial la sape ambik barang aku tu"
"cibai betol la hset aku gak yang kau nak rembat"
"kalo aku dapat tau sapa yang ambik barang ak , memang lauk aku kerjakan. bangsat btol la"
" memang aku tak halalkanla sape yang ambik barang aku ni. nanti kat akhirat kita setel la."

kat atas tu beberapa contoh ayat bengang kalo barang kita hilang.saje aku buat ayat kasar2 sebab nak bagi dramatik sket.haha. ok kembali kepada point yang aku nak sampaikan. sebenarnya camni. apa kata, daripada kita memaki2 dan sumpah seranah orang2 yang berkenaan, baik kita memaafkan dan halalkan saja dia. biarkan ALLAH saja yang menentukan nasib dia nanti.bukan apa, pernah dengar tak ungkapan 'what you give, you get back"?.takutnya begini, bila kita nanti termasuk dalam situasi seperti kita terambil barang orang secara tak sengaja, tak perasan, dan apa jadinya kalau orang yang kita terambil barang dia tu pun memaki2 dan taknak halalkan barang yang kita ambil tu? cuba kita bayangkan kalau kita dalam posisi tu? sudah tentu kita berharap supaya perbuatan kita yang tak sengaja tu agar dimaafkan dan dihalalkan btol tak? sebab kita tak sengaja. tapi kalau kita sendiri bila barang hilang, maki2, sumpah seranah, xnak halalkan, macam mane nanti bila kita pulak yang masuk dalam situasi terbalik nanti?

bukan apa, aku tekankan benda ni sebab kadang kita lupa. kau yakin ke kau tak pernah terambil barang orang? sama ada kau sengaja atau tidak? kadang kita xperasan. so aku rasa dengan kita memaafkan dan menghalalkan orang lain, maka mudah2an kita berharap supaya ALLAH bukakan hati orang yang kita tak sengaja ambil barang dia tu agar dia pun maafkan kita jugak.kau buat baik kat orang, nanti orang lain plak buat baik ngn ko.kalau ko maafkan dn halalkan orang, maka kau akan dapat camtu gak insyaALLAH. mana tau pencurik tu bila dah tua dia bertaubat ke.senang sket kerja dia kalau kau dah halalkan dia. tapi kalau sampai nak mampos pun dia masih perangai cam setan, tu kau serahkan pada ALLAH je.aku kalau dalam situasi camni aku slalu dalam hati cakap camni, " kalau nanti dia sedar dan bertaubat, aku halalkan dia, kalau perangai dia tetap cam sial, dia xsedar2, nanti kita jumpa la kat akhirat". tapi mungkin xbtol gak kot cara aku ni.patutnya kalau dia bertaubat atau tau semua patut kita serahkan pada ALLAH je.ye tak? btol gak eh?

tapi kalau kau tanya aku, camne plak kalau barang yang dia curik, cam kereta, duit beribu2, tu camne plak? kalau situasi cam rompakan, tu pun camne? nak halalkan? dah la kena pukul, pastu duit beribu2 hilang, keeta kena rembat, tv, semua kena ambik, camne plak tu? jujur cakap, aku tak tau nak jawab ape kalau kau tanya aku camtu.situasi2 camni kena tanya ustaz2 dan alim2 ulama.mereka lebih tau camne.aku knowledge takde, tak brani aku nak jawab.kira point yang aku jelaskan diatas tu aku tujukan untuk skala kecil la.sebab xkan kita tak sengaja terambil kreta orang kot.wallahua'lam. semoga sedikit sebanyak mmeberi manfaat.

17 May 2010

iye le hawau........

salam

kengkawan aku slalu tanya kat aku melaka punya bahasa camne? ntahla aku pun tak tau nak jawab camne.aku tetiap hari speaking loghat melaka.tapi dioang cakap macam sama je.pastu aku pun buat kesimpulan camni.sebenarnya bahasa melayu yang kita cakap sehari2 yang kebanyakan belakang dia ada E tu aku rasa berasal dari melaka la.nape aku cakap camtu? sebab kalau nak cakap asal dari negeri lain, memang jauhla.cuba tgk orang kelantan cakap camne? orang kedah, orang pahang, kan lain. tapi cuba tengok melaka punya loghat.mana ada jauh beza dengan bahasa melayu yang kita guna sehari2 tu?btol tak? lagi satu aku rasa mungkin sebab kesultanan melayu bermula dekat melaka, so bahasa melayu punya origin pun dari situla. kalau ada yang cakap dulu2 ada gak kerajaan kedah tua yang lagi tua dari kerajaan melaka, mungkin btol.tapi diorangkan pakai bahasa sanskrit.bahasa sanskrit tu bahasa melayuke? ntah aku pun tak tau.

kengkawan aku selalu ingat bila loghat melaka, belakang ayat semua nak taruk u. ulau melingkau atas pagau. dan satu lagi bila melaka je orang selalu ingat kasar, banyak maki2.aku tidak menidakkan dan tidak jugak mengiyakan.tapi kekadang bila aku borak2 dan terselit satu dua perkataan, diorang cakap diorang xpenah dengar perkataan tuh.ni aku bagi contoh :

hakal
lenyau
membagha
mengimol
majal
mereban
memberot
membese
meresip2
kahau
melilau
sampau
meleseh
leba lebo
menyasau
yang kat atasni cuma dari sedikit yang aku bleh terfikirkan. tula kadang2 aku rasa macam betol ape yang member aku cakap.melaka cam xde loghat sangat.tapi lepas dah banyak kali aku introduce beberapa perkataan yang ramai tak familiar, aku fikir balik, sebenarnya banyak je vocabulary melaka yang orang lain banyak tak tau. tu belum lagi masuk bab vocabulary mencarut dan maki2.haha itu aku xmo explain ar.sendiri paham la.tapi satu je aku nak tekankan.orang melaka memang kasau kalau berbahasa.apa lagi bab maki memaki.xleh menangla kalau nak battle.tapi kalau kau tengok hati orang melaka, aku rasa hati orang melaka baik2.bersih2.sebersih negerinya juga. 5 taun berturut3 negeri terbersih kat malaysia.jangan memain woo.haha.itu saja untuk kali ni.

p/s - entri diatas tidak bertujuan untuk membangkitkan semangat kenegerian atau semangat perkauman. cuma memperkenalkan sahaja sedikit sebanyak tentang negeri melaka.dan untuk memberi penjelasan kepada stigma2 negatif yang mungkin sesetengah dari kau orang dah salah anggap.orang kata tak kenal maka tak cinta.maka dengan kau kenal macam mana orang melaka, maka dari situ lah kita boleh membina semangat perpaduan didalam perbezaan.

12 May 2010

wajib baca dan tengok........

salam.
kepada sesiapa yang baca blog ni, meh sini aku nak berkongsi satu video yang akan membuat mata kau semua terbeliak.video tentang kita yang sudah jauh giler dari islam.xkira ylama atau orang biasa.aku dapat video ni dari sepupu aku.kalo tengah ada kerja jangan tgk dulu sebab nanti korang xbleh nak konsentret. ambik waktu dan tengok video ni dan fikirkan kembali macam mana hidup kita sebagai umat islam sekarangni.macam mana kita sekarang ni sudah hampir totaly dijajah dan hampir jadi hamba tapi kita tak pernah nampak pun.dan mungkin kita baru tersedar yang selama ni kita pun anggap mujahidin tu sebagai teroris, dan sebenarnya merekalah yang betul2 ahlawan islam yang mau menegakkan kembali islam.dan tak lupa bertapa bangsatnya pemerintah2 yang beragama islam tapi bila orang nak menegakkan sistem islam dalam pemerintahan, merekalah yang paling menentang.bangsat nak mampos. ok selamat menonton

http://www.youtube.com/watch?v=CWTe5yF2fk0&feature=related

11 May 2010

jual ikan belakang tikam

salam

arini aku nak bincang2 tentang tajuk tipikal. tentang sifat negatif sesetengah orang yang tujuan mereka adalah untuk melepaskan diri sendiri dan menyenangkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. dan sifat yang aku nak tekankan kat sini adalah sifat tikam belakang dan juga sikap pentingkan diri sendiri sehingga menyusahkan dan menjatuhkan orang lain. aku yakin korang mesti pernah merasakan atau setidaknya melihat atau mendengar kawan2 korang yang pernah terlibat dalam situasi tikam belakang ni.

korang perasan tak semakin lama kita hidup, semakin meningkat usia kita, semakin kita banyak kawan, dan semakin itulah juga kita kerap melihat perkara2 yang sebegini? kawan makan kawan, tikam belakang, pentingkan diri sendiri dan sebagainya. atau mungkin aku je yang rasa camtu? entahla..... tapi aku rasa waktu kecik sampai waktu remaja aku jarang dengar apalagi terlibat dengan benda2 camni. tapi semakin aku beranjak dewasa, yang aku rasa semua orang dah boleh berfikir dengan matang, waktu ni lah macam2 ragam orang yang xbest timbul.makin banyak konflik timbul dalam kehidupan.dan antaranya termasuklah kawan makan kawan, selfish dan sebagainya.makin lama ko kenal orang tu makin ko tau camne perangai dia sebenar.sebelumni ok2 saja tetapi tiba2 boleh berubah.kenapa boleh camni yerk? ada sapa2 boleh bagi tau aku kenapa manusia boleh jadi camni? aku penasaran la. ye la patutnya bila kita dah semakin dewasa maka lebih mendalamlah pemikiran kita tapi kenapa orang dewasa yang paling banyak buat masalah? sumpah aku pelik gila.

bagi aku mungkin ni masalah hati memasing.ada yang memikirkan orang lain, dan ada yang tidak. dan benda ni kau develope sepanjang perjalanan hidup kau.macam mana didikan keluarga kau, macam mana dengan persekitaran kau, macam mana kau bereaksi dengan hal2 yang terjadi disekitar kau, dan sebagainya.iman pun penting gak.tapi kekadang ada gak orang yang solat tak tinggal, mengaji, pergi mesjid blaja agama, tapi hubungan mereka dengan manusia xbtol.memandang rendah orang lain, dan tidak memikirkan orang lain, mementingkan diri sendiri sebagai contoh.kalau catu camne plak eh?atau mungkin orangtu xsedar dengan perbuatan sendiri kot.jangan2 aku pun pernah buat benda2 camni gak kot.ntahla.semoga tidakla aku berharap.kalau ada aku mintak maaf kepada semua.

sebagai penutup aku berharap kepada diri aku dan kau orang supaya semoga kita terhindar dari sifat2 yang sebegini.terhindar dari sikap tikam belakang, kawan makan kawan, selfish sampai merugikan orang lain.dan kepada mereka2 yang termasuk dalam golongan yang aku nyatakan diatas, ingat ni! sebelum nak buat ape2 pada orang lain, apa kata kau fikir camne kalau aku berada dalam posisi orang tu?barulah kau akan berhati2 dalam perbuatan kau terhadap orang lain.jangan main sedap hati kepala hotak kau je nak makan kawan2 ok.ada otak, ada hati, pakai.jangan letak kat bontot.kalau letak kat bontot, tu yang kotor otak ngn hati kau sampai xbleh nak fikir tu.sebab kena taik kau.ok? ada paham?bodo punya manusia.ko bangang ke ape?

dan setelah puas aku memaki (walaupun belum rasa puas lagi) aku mendoakan agar kita semua dijauhkan dari sifat yang boleh merugikan orang lain dan semoga sepanjang hidup kita selalu diberi manfaat kepada orang banyak terutama yang dekat disekeliling kita.amin.

9 May 2010

khas buat mak yang paling apis sayang..........


ibu...
kau yang telah melahirkanku,
membesarkanku,
mendidikku,
memberiku segalanya,
kau juga yang buat hidupku bermakna,

ibu...
kau ibarat matahari, yang menyinari siangku,
kau juga ibarat bulan dan bintang, yang menerangi malamku,
tanpamu, hilanglah arahku ini,
kerana kegelapan,
pastiku tercari2 dan terkapai2,
kerana tiada pedoman dan cahaya yang menerangi,

ibu...
setelah ALLAH, RASULULLAH, maka kaulah yang palingku sayang,
tiada apa atau siapapun yang bisaku letakkan ditempat itu,
hanya kaulah yang satu,
kerana kau ibuku,

ibu...
maafkan aku ibu,
kerana sepanjang hidupku aku terus membuatmu terluka,
sering membuatmu kecewa,sering juga menyakiti hatimu,
maafkanku ibu,
tiada niatku untuk membuatmu begitu,
cuma kebodohan dan kekhilafanku saja yang membuatku jadi begitu,
mudah2an nantinya aku bisa membayar semua perbuatanku itu,

ibu...
kini aku telah berumur 24 tahun,
dan selama itulah juga kau telah mengorbankan waktumu dan hidupmu,
hanya untukku,
tiada istirahat bagimu,
selagi denyut nadimu dan nafasmu berjalan,
selagi itulah kau terus berkorban untukku,
dan aku tahu,
aku tidak akan pernah bisa membalas segala jasamu itu,
biar kuberi padamu dunia dan isinya,
tidak pernah bisa menggantikan pengorbananmu padaku

ibu...
hanya satu kata saja yang bisa membalas pengorbananmu,
SYURGA,
hanya itulah sahaja yang bisa engkau terima,
tiada lain yang sebanding itu untukmu,
cuma itu,
dan sebagai anakmu,
aku berjanji akan membawamu kesitu ibu,
tidak akan pernah berhenti aku mendoakanmu,
dan setiap perbuatan baikku, setiap ibadahku, setiap amalku,
itu semua adalah kerana kau yang mendidik ku sewaktu dulu,
maka setiap itulah ganjarannya engkau dapatkan ibu,
semoga tidak pernah putus2 pahalamu kerana pengorbanan dan didikanmu padaku,

ibu,
selamat hari lahir dan hari ibu ku ucapkan padamu,
aku hanya bisa mendoakan,
semoga setiap detik dan waktu yang berlalu,
setiap itulah kau diberi kesihatan, keberkatan umur, kebahagiaan,
diberikan pahala yang tidak putus2,
diberikan anak2 yang soleh, yang sering mendoakanmu, membahagiakanmu sekarang dan dihari tua nanti,
dan yang paling penting,
semoga ALLAH memberimu ganjaran syurga,
syurga yang disiapkan untuk ibu2 mithali,
AMIN YA RABBAL ALAMIN.............

5 May 2010

aku benci giler dengan kau dan kaum2 kau tu!

salam

entri kali ni simple saja. tentang kebencian. kita selalu tersalah langkah atau tersasul apabila berbicara tentang kebencian. selalunya bila kita membenci sesuatu benda, kita selalu membuat kesilapan dengan membenci jugak benda2 atau orang2 yang berkaitan dengan benda tu. sperti contoh, jika seorang wanita yang pernah dikecewakan oleh lelaki, maka wanita itu biasanya akan membuat pernyataan seperti ini " lelaki semua sama je, semua xboleh dipercaya". contoh lain plak adalah jika hanya segelintir orang melayu yang berperilaku seperti palat, biasanya orang akan menilai dan menganggap keseluruhan orng melayu seperti itu.begitu jugak dengan orang cina dan india. begitu jugak dalam parti. kita tau sebenarnya yang jahat dalam suatu parti tu bukan semua ahli mereka tetapi kita selalu saja melempiaskan kebencian kita kepada parti itu tanpa memikirkan bahwa terdapat orang baik dalam parti itu.xkirala umno, pas, keadilan dan lain2. kalau konteks negara plak, xyah jauh2, kita tengok camne kebanyakan orang malaysia kita menganggap negara jiran kita indonesia seperti apa? slalu orang akan cakap, indonesia korupsila, merompakla, menipula. kebencian membuatkan kita lupa bahwa indonesia itu bukan satu dua orangje tapi 230 juta orang sehingga kita menilai semua aspek dalam satu kumpulan itu bersalah jugak.

disini aku nak tekankan bahwa jangan kita jadikan kebencian terhadap segelintir orang menyebabkan orang yang berkaitan dan dekat disekitar mereka juga menjadi mangsa.apa salah mereka? yang salah adalah mereka2 yang buat palat sahaja.yang tidak buat palat janganlah dibenci sekali.pernah dengar pepatah, dalam setandan pisang tidak semua yang busuk? begitu juga manusia. sedangkan orang yahudi saja tidak semua yang jahat.nikan pula golongan yang lain.sebab aku rasala, benda2 camnila yang buat zaman sekarang ni banyak terjadi prejudice antara satu kaum dengan yang lain.begitu juga dengan individu, organisasi dan sebagainya. kita hidup sekarang ni macam dah penuh dengan tekanan dan salah satu dari penyebab tekanan itu adalah kerana kebencian.jadi aku menyeru kepada anda2 semua mulailah kita membetulkan stigma kebencian yang bersarang dalam kepala hotak kita ni.kalu yang buat palat tu lantak kau la nak benci ke atau nak buat apeke.tapi dengan mereka2 yang tidak palat alias orang2 baik marilah kita sama lebih mengeratkan tali silaturahim dan tukar kebencian yang kita sudah salah faham kepada perdamaian. bukankah islam itu damai?

p/s - korang paham tak ape yang aku cuba sampaikan kat sini?