17 Mar 2010

kau bajet macho je tapi lemah la wei.......

salam

harini aku nak bagi pendapat sket tentang laki versus perempuan.yang mana lagi kuat? sebelum tu aku rasa baik kita tanya diri kita dulu macam mane yang dikatakan kuat tu? adakah dengan kau boleh angkat benda2 berat kau dikatakan kuat? atau jika kau mempunyai badan yang besar dan otot yang besar serta tumbukan yang kuat dan kau tergolong dalam kategori kuat?

ni pendapat aku la.bagi aku golongan2 yang diatas belum boleh dikatakan kuat lagi.bagi aku seseorang itu boleh digolongkan sebagai orang yang kuat apabila mereka mempunyai daya tahan yang kuat.mereka mempunyai ketahanan terhadap rintangan dan mereka tetap bertahan dalam apa jua keadaan. dalam bahasa englishnya adalah endurance.kau boleh memiliki tenaga yang kuat tetapi jika kau tidak mempunyai daya tahan yang kuat maka kau tidak termasuk dalam golongan yang kuat. senang cite kau lemah la.

sekarang ni mari kita kaitkan dengan ape yang aku tulis kat atas ni dengan laki dan perempuan.agak2 yang mana lebih mempunyai ketahanan yang lebih tinggi? aku bagi beberapa contohla. yang pertama kita amik skenario dalam urusan rumah tangga.siapa yang setiap hari xpenah ada cuti mengurus rumah tangga? pagi2 bangun siapkan sarapan untuk keluarga lepas tu kalo yang xbekerja maka kegiatan urusan rumah tangga dilanjutkan?siapa? pastu plak kalo yang bekerja, bila balik kerja siapa yang lansung masak dan urus rumah tangga kembali? siapa yang lebih tak mengenal erti kata penat? siapa yang xpernah mengeluh dengan kerja2 rumah yang dibuat biarpun setiap hari dilakukan terus menerus? and the answer is dah tentulah perempuan. laki boleh tahan buat kerja2 diatas? mungkin ada satu dua yang boleh tapi yang lain?mana tahan ces. agak2 kalau satu hari orang perempuan cuti dari melakukan tugas2 ni camne rupanya?mesti berantakan punya.

contoh yang kedua aku nak bagi skenario mengandung dan melahirkan serta menjaga anak. siapa yang tahan perut membuncit dalam perut ada anak sampai sembilan bulan? dalam pada perut yang buncit tu sempat lagi kerja dan urus rumah tangga lagi? siapa yang boleh tahan sakit ketika melahirkan? sakit yang cuma mereka yang pernah mengalami je yang tau camne rasanya. tapi yang paling best biarpun seberapa sakit mereka rasa, mereka tetap tidak serik untuk mengulangi pengalaman yang sakit itu lagi dan lagi.dan apabila telah melahirkan, siapa yang lebih intense dalam menjaga anak pada masa2 pembesaran anak? siapa? dan sekali lagi jawapannya adalah perempuan.laki2 mane sanggup. badan je besar tapi penakut.

contoh ketiga ni skenario yang dekat2 je dengan life aku sebagai student. seandainya ada satu survey dimana survey itu menanyakan antara pelajar laki2 dan pelajar perempuan dan surveinya diukur dari sudut kehadiran dan punctuality untuk ke kelas dan aktiviti2 pembelajaran, agak2 siapa yang akan mendapatkan peratus yang paling tinggi? dah tentu2 lah perempuan yang peratus kehadiran ke kelas mereka tinggi. kenapa agak2? senang je. sebab mereka mempunyai ketahanan dan daya tahan yang tinggi.itu je.agak2 kenapa orang (aku pun sama) cenderung untuk ponteng kelas ataupun datang lambat? jawapan dia pun senang. sebab tak tahan dan tak sanggup serta tak kuat. xsanggup bangun pagila, mental downla dan macam lagi. ini realiti. aku masuk dalam golongan begini.haha.

so sebagai kesimpulan, bagi aku jika nak dibandingkan antara laki dan perempuan, maka yang mempunyai daya tahan yang tinggi adalah kaum hawa. kaum adam ni nampak saja macho, kuat, berotot dan macam2 lagi tetapi dalam aspek ketahanan, mereka kalah jauh dengan perempuan. admit je la.xyah nak berdalih2 lagi.macho konon. belah la laki2 wei.haha.the end..............

5 comments:

  1. tersenyum masa bace..
    thank yOu =D

    ReplyDelete
  2. agree with E..thank you :)
    sayang mak lebih~~hehe

    ReplyDelete
  3. E dan syaza - sama2.benda betul pun.haha

    ReplyDelete
  4. sy yg perempuan pOn x terpikir.. =)

    ReplyDelete
  5. xpe2.sebabtu sy ketengahkan tajuk ni.sebagai appreciation kepada golongan wanita terutama ibu2.

    ReplyDelete