salam kepada semua
kalini aku nak borak2 pasal keyakinan.mungkin kebanyakan dari kita sudah lupa agaknye.apa tujuan kita diciptakan? apa tujuan kita hidup kat dunia? kalau kita lihat, rata2 kita seperti sudah stuck pada sistem yang didesign untuk kita. dari kecik kita sekolah, kemudian lanjut ke peringkat yang lebih tinggi.semua kerana nak dapatkan pekerjaan yang baik.kerana apa? kita berharap dengan kerja yang baik tu akan memberi kita rezki yang banyak untuk kita.pastu bila masuk alam dewasa, alam serius, kita start keja.mula sibuk.kebanyakan waktu kita terpakai untuk kerja, urus ni, urus tu.semua tu kita buat untuk menjamin rezeki kita, anak2 dan keluarga kita.itujelah kerja yang kita buat.hari ini kita boleh lihat bahwa rata2 orang telah menjadikan tujuan hidup mereka adalah bekerja untuk dapat rezki.mereka menghabiskan 24 jam sehari dalam hidup mereka semata2 untuk menjadi hamba perut, hamba nafsu, hamba orang lain dan macam2 sehingga mereka lupa tugas sebenar mereka sebagai HAMBA ALLAH.
sebenarnya ini merupakan kesalahan dan kekeliruan kita semua.kita selalu anggap kalau kita tak kerja, maka kita tak dapat makan.makanan itu datang dari gaji dan pendapatan kita.kalau tak kerja, xdelah gaji.kalau xde gaji, xdelah makan.itu keyakinan bagi banyak orang.tak sedikit jugak orang yang beranggapan jika kita belajar tak tinggi, maka hidup kita tak terjamin. itu pun salah gak. ramai je orang yang xde degree tapi kaya.tgk mawi.dalam waktu yang singkat je dia dah jadi jutawan.tengok plak dengan student2 universiti yang tergila2 dengan MLM. contohnya mereka2 yang join luxor. skang ape crita? senyap je.mana perginya bakal2 orang kaya luxor? last2 studi entah kemana, MLM pun lingkup.so, agak2 pendidikan tu menjamin hidup kita ke?
begitu juga dengan pekerjaan.mungkin antara kita yang sudah ada pekerjaan yang stabil.jadi macam2.profesional, bisnessman, politician dan sebagainya.tapi betulkah pekerjaan itu yang memberi kita rezki? ada orang kerja dipejabat, gaji ribu2 tapi untuk makan pun 'cukup2 makan' sebab hutang sini sana.hutang dengan government, hutang kereta mahal, rumah besar, kredit kad dan sebagainya. tapi ada orang lain plak, cuma jadi nelayan je.duit pun seciput je.tapi hari2 makan mewah hasil dari tangkapan dilaut.xde hutang xde apa.badan sihat walafiyat.nak makan ape pun xde pantang.tapi ada orang yang sebulan gaji 6 angka tapi sebab macam2 sakit, last2 cuma boleh makan bubur je.jadi disini betulke pekerjaan menjamin rezeki kita?
dari sini kita boleh lihat bahwa pekerjaan tidak menjamin rezki kita.ALLAH YANG MEMBERI REZKI PADA KITA. manusia tidak akan mati jika tidak bekerja. ALLAH YANG MENENTUKAN HIDUP DAN MATI KITA.ALLAH JUGA YANG MENENTUKAN SEMUA REZEKI KITA. semua tu telah ditetapkan oleh ALLAH sebelum kita lahir lagi. selagi ada rezeki yang ditetapkan untuk kita selagi itulah masih ada waktu untuk kita hidup didunia ini. biarpun kau terjun dari tingkat 20 tapi didalam ketetapan ALLAH kau masih ada rezki yang belum dimakan, maka kau tidak akan mati selagi belum disempurnakan rezki keatas kau itu.tetapi jika telah sempurna ketetapan rezki keatas kau maka waktu itulah sudah waktu kau meninggalkan dunia ini.semua tu ketetapan ALLAH.rezki, hidup, dan mati semua ALLAH yang tentukan. Manusia tiada berkuasa sedikit pun.Rezeki yang Allah tetapkan tiada kaitan dengan status pekerjaan manusia itu.Pekerjaan manusia hanya asbab untuk rezekinya.
apa jua yang kita buat, yang kita kerjakan, apa jua profesi kita, itu bukanlah hakikat kita hidup didunia ini. semua itu hanyalah KEPERLUAN sahaja. hakikat kita hidup didunia ini adalah untuk mengabdikan(beribadat) kepada ALLAH dan beriman kepadaNYA.mengerjakan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.
'Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa.' (al baqarah ayat 21)
"Demi masa
Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran" (al ashr ayat 1-3)
jadi kalau kita sudah tau bawaha rezeki kita bukan ditentukan dari pekerjaan kita, kenapa kita susah2 belajar tinggi2? kerja penat2 semata2 nak cari duit? kenapa? kan rezeki kita telah ditentukan oleh ALLAH. kalau sudah ditetapkan rezeki kita, buat ape kita susah2 kerja? duduk goyang kaki sudahla.tunggu rezki jatuh dari langit.kan baik kita duduk kat mesjid sahaja untuk beribadat.kan tujuan kita hidup adalah untuk beribadat? jadi kenapa kita menyusahkan diri jugak untuk buat benda lain sedangkan rezki kita sudah ada dan ditetapkan oleh ALLAH jauh sebelum kita dilahirkan lagi? KENAPA???????
sebenarnya jawapan dia mudah sahaja. kita buat benda2 itu semua tak lain tak bukan adalah kerana itu semua adalah kerana PERINTAH dari ALLAH.kita kerja bukan kerana pekerjaan memberi sumber rezeki kita, tetapi kita perlu bekerja kerana itu adalah perintah ALLAH,
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang.”(Surah Al-Jumu’ah:10)
ini adalah ayat perintah dari ALLAH supaya kita tidak duduk goyang kaki menunggu rezki turun dari langit tanpa buat apa2. ALLAH PERINTAH KITA BEKERJA TETAPI ALLAH TAK SURUH KITA YAKIN PEKERJAAN ITU BAGI REZEKI PADA KITA. inilah pokok keyakinan kita.semuanya datang dari ALLAH. tetapi bukan bermakna kita tidak perlu berusaha.kerana ALLAH telah perintahkan juga kita untuk berusaha untuk mendapatkan apa yang kita hajatkan.
cuba kita tengok betapa cantiknya ALLAH menciptakan kita dan juga segala tujuan2 yang ALLAH tentukan untuk kita.lihat betapa Al-Quran itu sebenarnya memang betul2 manual untuk manusia.lihat macammana ALLAH menunjukkan kekuasanNYA. ALLAH MAHA BESAR. segala2nya lengkap dalam quran. aku yang budak bodoh baru sket2 je tgk makna2 dari Al - Quran sudah begitu kagum dan terpesona dengan apa yang ALLAH turunkan dekat kita.baru aku yang pemalas dan bodo ni selak2 sket je tapi sudah begitu hebatnya aku lihat isinya.betul2 terkait dengan hidup manusia.
tapi kita tengok kat dunia ni camne? tetap gak nak ikut demokrasi, tetap gak nak ikut kapitalisme, tetap gak nak ikut komunisme, liberalisme, sekularisme dan sebagainya. padahal semua tu satu2 telah tumbang.tapi tetap gak manusia nak ikut.termasuklah negara aku.sistem demokrasi berperlembagaan.sounds like bulshit to me.apsal la kepala hotak pemimpin2 ni susah sangat nak tengok kehebatan islam? aku yang xtau ape2, yang bodoh agama ni pun, yang berfikiran singkat ni pun bleh nampak macammana sistem islam ni punya kelebihan kalau diterapkan dalam kehidupan sehari2.kenapa mereka2 yang genius2 tu tak boleh? pelik2.
nak tulis ape lagi ek? aku sudah kehabisan idea. akhir sekali aku harap dengan entri diatas, mudah2an kita membetulkan keyakinan kita.rezeki itu ditentukan ALLAH.segala2nya milik ALLAH.kita diciptakan oleh ALLAH untuk beribadat dan mengabdikan diri kepadaNYA.dan salah satu cara adalah melakukan perintahNYA dan menjauhi laranganNYA.semua ada dalam quran.itu manual hidup kita.juga dengan sunnah rasulullah. semuanya bermula dengan kemahuan. dimana ada kemahuan disitu ada jalan.slow2 je.biasala orang awam cam kita ni ilmu pun seciput je.dengan niat yang baik mudah2an ALLAH membuka jalan hidayah untuk kita.insyaALLAH. amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment