21 Aug 2010

tengah2 baca quran, tiba2 aku terkesima bila jumpa ayat ni

salam 'aleykom

kali ni aku cuma nak perpanjangkan saja apa yang baru aku jumpa tadi( ramadhan ke 10). untuk bulan ramadhan ni budak2 umah aku ada buat tadarus sebelum isya. pastu tadi dalam pada tadarus tu, aku tgk2 sket kat terjemahan ayat. harini kitorang baca surah al taubah. pastu aku pun terbaca la terjemahan surah al taubah ayat 107 sampai 110. nanti kat bawah aku paste ayat tu punya terjemahan.ada sesuatu yang sangat menarik daripada ayat2 tu jika dikaitkan dengan berita yang sedang hangat diperbicangkan sekarang, iaitu rencana pembinaan masjid di ground zero.

aku rasa banyak dari kau orang pernah dengar atau baca pasal rencana pembinaan masjid berdekatan dengan ground zero. banyak pro dan kontra. aku pun tak tau sangat pasal benda ni.tapi dari pendapat aku benda ni ada udang disebalik batu.kenapa nak bina masjid dekat2 situ? kenapa tak ditempat lain? dan yang paling aku pelik, kenapa pemerintah amerika yang rata2 adalah boneka zionist yang tidak pernah setuju dengan islam, tiba2 boleh meluluskan pembangunan masjid tu? obama pun mendukung kuat pembinaan masjid tu (sini).

ni pendapat aku la. kita tau rata2 rakyat amerika sudah dibrain washed oleh media2 mereka dengan mengatakan bahwa orang islam melakukan serangan 9/11. jadi dengan pembinaan masjid kat sini aku rasa golongan2 penyembah syaitan ini sengaja untuk menimbulkan huru hara dan meningkatkan lagi rasa benci non muslim terhadap islam.mungkin mereka ada tujuan yang lebih dahsyat.biasala, setan.

ok kat bawah ni aku akan paste terjemahan surah al taubah ni pastu aku akan paste jugak salah satu video dari siri the arrival yang menunjukkan serangan 9/11 ni adalah salah satu daripada ritual orang2 kafir penyembah syaitan untuk bersedia atas kedatangan dajjal. jadi kau orang baca dengan minda yang terbuka dan fikir2lah sendiri. aku pun tak berani nak elaborate lebih2 sebab ilmu xcukup.tapi lepas aku baca surah al taubah ni aku rasa SUBAHANALLAH, bahwa ALLAH itu MAHA BESAR. semuanya didalam kekuasaanNYA. biar betapa licik dan besar perancangan orang kafir untuk menghancurkan islam, ALLAH telah berjanji bahwa ALLAH akan pelihara agama ini. perancangan ALLAH itu adalah sebaik2 perancangan.

[9:107] Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mu'min), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mu'min serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu660. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).

[9:108] Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguh-nya mesjid yang didirikan atas dasar taqwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu sholat di dalamnya. Di dalamnya mesjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih.

[9:109] Maka apakah orang-orang yang mendirikan mesjidnya di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan-(Nya) itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

[9:110] Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu telah hancur661. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


ni plak link tentang 9/11 sebagai satu ritual orang kafir (sini)

semoga kita termasuk dalam golongan orang2 yang terbebas dari fitnah akhir zaman. amin.

p/s - bagi yang belum tgk siri the arrivals, aku cadangkan supaya tengok. sangat membuka minda.

6 comments:

  1. Kalau tak salah asbabun nuzul ayat ni berkaitan dengan masjid dhirar yang dibina oleh golongan munafiq di madinah.

    ReplyDelete
  2. ooo mcm tu.terima kasih sudah share knowledge kat sini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih sudah singgah.

    ReplyDelete
  4. salam..terima kasih sebab kongsi ayat Al-Quran tu...alhamdulillah sebab akhirnya tau lah macam mana jadinya...tapi, mintak maaf awal2 kalo tersanggung atau terkasar bahasa, pada pendapat saya, lulusnya plan utk dirikan masjid kat ground zero tu disebabkan nak introducekan islam as the way of life kat america-kiranya macam satu langkah utk bersihkan nama since americans kena brainwash bahawa muslim ni terrorists so cultural center tu diluluskan dibina kat sebelah ground zero tu......itu pendapat asalnya...tp lepas dah baca post ni, dapat dikaitkan jugak la sebenarnya pe udang di sebalik batu semua tu kan....alhamdulillah..thanks for sharing the post =)

    ReplyDelete
  5. aishah - eh xde istilah tersinggung pun kat sini.bagi je pendapat dan ape2 benda yang nak dikongsi.sebab aku pun bukan banyak sangat ilmu.tapi yang termampu aku kongsi.thanks aishah

    ReplyDelete