salam
sempena hari kemerdekaan yang ke 53 ni apa kata kata kita borak2 pasal kemerdekaan. borak2 bodo je.ye lah buat ape nak serius sangat ye tak?
kita memang sudah merdeka. kita sudah tidak menjadi kuli british lagi. tidak perlu nanyi lagu god save the fucking queen elizabeth lagi. tidak perlu mengibarkan union jack dan sebagainya. tapi kenyataannya kita belum sepenuhnya 'terlepas' dari cengkaman british musibat tu.kau dan aku semua tau tentang itu.
merdeka itu sinonim dengan kebebasan. dimana2 orang selalu memperjuangkan kebebasan. tapi bebas dari apa? apa maksud mutlak dari kebebasan itu sendiri? betulke bebas itu bagus? kenapa orang mau bebas? apakah bebas daripada apa yang kau tidak mahu itu diertikan sebagai bebas? kalau macamtu setiap orang mempunyai bermacam2 benda yang tidk mereka suka dan mereka mau bebas daripadanya. adakah itu maksud bebas?
bagi aku, kita sebagai manusia memerlukan batas. kita tidak boleh terlalu bebas. sebab kalau kita bebas, kita takde beza pun dengan haiwan2 dan binatang buas.
ALLAH jadikan kita dimuka bumi ini bukan untuk kita bebas melakukan apa yang kita mau sesuka hati. ALLAH memberi kita akal dan memberi kita manual untuk menentukan mana yang boleh dibuat dan mana yang tidak.
tapi kebanyakan dari kita samseng. tidak bersetuju dengan apa yang ALLAH tetapkan. kita lebih suka mengikut kepala hotak kita. kita lebih suka bersembunyi dibalik kata rasional.padahal belum tentu yang kita anggap rasional itu betul2 rasional. kita selalu lupa bahwa kita ni banyak sekali keterbatasan. baru pergi ke bulan je dah besar kepala. baru tau teknik pengklonan saja sudah naik minyak. itu sifat semulajadi manusia. mudah lupa.
ada golongan manusia yang memanfaatkan kebebasan untuk mengajak manusia lain jauh dari tuhan. kalo dari konteks agama islam, terdapat golongan2 tertentu yang mengatakan islam tidak bebas, islam selalu mengekang pengikutnya, islam terlalu strict, kena pakai tudungla, terorisla dan sebagainya.mereka ini memanfaatkan kesempatan ini untuk berjuang dengan iblis untuk menentang tuhan.kadang2 yang buat aku sedih dan marah, orang islam sendiri berjuang berdampingan dengan golongan2 jahat ini. terpengaruh dengan kebebasan, kemodenan dan sebagainya.sehingga menjadikan mereka buta.
bagi aku sendiri, merdeka itu betul maksudnya bebas. tapi maksud merdeka yang sebenar2nya adalah apabila kita dapat betul2 mengikut ajaran islam dan betul2 bebas dari sebarang keterikatan kita dengan sistem yang dibuat oleh manusia dan seratus peratus mengikut apa yang ditetapkan oleh ALLAH.itu baru betul merdeka. kita betul2 membebaskan diri kita dari api neraka. tapi realitinya semua dari kita belum lagi mencapai benda tu.
kenapa aku tulis seperti yang diatas? sebab kalau nak ikut kat dunia ni berapa bebas sangat kau boleh capai? berapa bebas kau boleh buat? betul2 bebas ke? betulke kau mampu nak buat ape saja yang kau mampu tanpa ada konsekuensi yang bakal terjadi? aku amik contoh, sex diluar nikah seperti yang banyak diamalkan dibarat dan tak sedikit juga dinegara kita.kau ingat dengan melakukan itu berarti kau sudah bebasla? tak perlu kau risau lagi? there is no such thing. konsekuensi dari sex bebas tu banyak. penyakit (std, aids), anak luar nikah, menghancurkan masa depan, dan macam2 lagi. kau nampak tak bahwa disini islam memberi kau BATAS supaya kau BEBAS. bebas daripada dampak2 buruk dari perbuatan kau itu. disinilah dimana kebanyakan orang sudah salah anggap terhadap islam.kenapa islam membatasi sesuatu perkara.supaya manusia tidak melampaui batas.full stop. susah sangat ke nak realise benda tu?
jadi sempena dengan kemerdekaan malaysia yang ke 53, aku berharap supaya malaysia betul2 MERDEKA. betul2 terbebas dari tangan2 manusia. betul2 mengikut peraturan dan sistem yang ditetapkan oleh ALLAH. untuk itu terjadi, aku berharap semoga ALLAH buka hati pemimpin2 kita yang diatas tu untuk melakukan perubahan yang akan menguntungkan bukan sahaja islam, tetapi seluruh manusia.kalau mereka tetap tidak mahu berubah, semoga mereka jatuh dan digantikan dengan pemimpin2 yang lebih baik lagi. amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment